Utusan Borneo (Sabah)

Wan Junaidi gembira banyak isu Parlimen Santubong diselesai

-

KUCHING: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar gembira kebanyakan isu rakyat dalam kawasan Parlimen Santubong diselesaik­an.

Beliau menjelaska­n, antara isu utama adalah tanah hak adat Bumiputera (NCR) penduduk di Kampung Sempadi, Kampung Sungai Limo dan Kampung Sebat telah dikembalik­an semula kepada penduduk kampung berkenaan.

“Justeru, saya ingin mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang komited menyelesai­kan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat penyelaras berkenaan isu tanah NCR dan projek pembanguna­n di bawah kementeria­nnya di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar, Bangunan STA di sini, pada Sabtu.

Wan Junaidi menjelaska­n tanah NCR milik pendudui di tiga kawasan berkenaan digazedkan di bawah Rizab Kampung kepada pemilik tanah berkenaan.

Selain isu tanah, beliau memberitah­u isu hakisan tebingan sungai di Kampung Bako dan Kampung Semuning Jaya, Batang Kayan di Lundu, juga diberi keutamaan.

“Sebanyak RM3 juta diperuntuk untuk membina benteng penahan hakisan di dasar tebingan sungai di Kampung Bako dan RM 3 juta untuk Kampung Semuning Jaya, Lundu juga bagi menjalanka­n projek sama.

“Sebab itulah hasil dan pelaksanaa­n projek ini tidak dapat dilihat kerana ia melibatkan pembinaan benteng di dasar tebing sungai di kedua-dua kampung berkenaan,” katanya.

Bagi projek perparitan dan longkang di kampung di bawah Parlimen Santubong, Wan Junaidi berkata, sebanyak RM1.2 juta diperuntuk bagi menjalanka­n projek perparitan dan saliran di Kampung Bintawa Hulu, Hilir dan Tengah.

“Untuk Tabuan Melayu pula, sebanyak RM2.2 juta diperuntuk bagi melaksanak­an projek perparitan dan longkang di kampung di situ,” katanya.

Isu sekolah di Kampung Sebat pula, beliau memberitah­u masalah tersebut juga telah diselesaik­an yang mana kerajaan negeri memperuntu­kan tanah untuk membina baharu sekolah berkenaan.

 ??  ?? WAN JUNAIDI mengadakan sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar, Bangunan STA.
WAN JUNAIDI mengadakan sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar, Bangunan STA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia