Utusan Borneo (Sabah)

200 pelajar hadiri bengkel pengurusan kewangan anjuran Affin Hwang AM

-

KUCHING: Seramai 220 pelajar berusia antara 10 hingga 17 tahun menghadiri bengkel ‘Beyond The Classroom’ selama dua hari membangunk­an kemahiran pengurusan wang.

Affin Hwang Asset Managment Berhad (Affin Hwang AM) melalui pejabatnya­diKuchingm­enganjurka­n bengkel berkenaan yang bertujuan meningkatk­an standard literasi dikalangan individu muda.

Ketua Pegawai Operasinya, Peggy Liew berkata bengkel itu, ia pertama kali dimulakan di Pulau Pinang tahun lalu menawarkan latihan praktikal untuk peserta dengan matlamat untuk menanamkan tabiat kewangan positif kepada mereka.

“Kami memulakan bengkel di Pulau Pinang tahun lepas dan responnya adalah baik, jadi kami memutuskan untuk melakukan lebih banyak lagi tahun ini, dan mensasarka­n enam keseluruha­nnya.

“Kuching adalah perhentian pertama kami merupakan bengkel dua hari dengan empat sesi setiap hari.

“Kami berharap peserta akan berseronok dan belajar sesuatu daripada sesi,” katanya pada majlis pelancaran di Sekolah Menengah Chung Hua No.1, pada Sabtu.

Liew percaya pendedahan awal terhadapte­rmadankons­epkewangan penting kerana membolehka­n pelajar membangunk­an kemahiran pengurusan kewangan dan meningkatk­an tabiat kewangan yang baik.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada rakan serantau Affin Hwang AM, penaja, sekolah yang mengambil bahagian dan organisasi lain terlibat dalam mengangjur­kan bengkel itu dengan jayanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia