Utusan Borneo (Sabah)

Harapan pesakit kanser dalam telemovie ‘Burung Kertas’

-

HILANG harapan dan putus asa. Situasi ini sering kali menghantui seseorang yang disahkan menderitai apa jua penyakit. Apatah lagi bila berdepan situasi menghidap penyakit yang sukar diubati termasukla­h kanser. Di dalam fikiran terbayang masih adakah harapan untuk pesakit kanser menjalani kehidupan seperti orang normal yang lain?

Tapi ramai juga pesakit kanser yang berjaya melawan penyakitny­a hingga kembali sihat seperti biasa. Harapan dalam diri dan sokongan orang sekeliling adalah kunci untuk pesakitpes­akit ini melawan takdir yang menimpa mereka.

Mengangkat kisah menyuntik motivasi diri seorang pesakit kanser yang gigih berjuang melawan takdir ditentukan Allah kepadanya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie bertajuk ‘Burung Kertas’ mengisi slot Citra di TV2 pada 10 November ini, jam 9.30 malam.

Dibawakan watak utamanya oleh Nadiya Nisaa yang ‘menghidupk­an’ watak gadis cekal bernama Fira, telemovie arahan Fairuz Loy ini turut menampilka­n pelakon Beto Kusyairy, Roslan Salleh, Jay Iswazir dan Rozie Othman.

Kisahnya bermula dengan memperkena­lkan watak Azrol, seorang pelajar jurusan pengurusan hotel di sebuah IPTA, di Kuala Lumpur yang mengikuti latihan amali di sebuah resort di Pulau Perhentian, Terengganu. Dia memilih menjalani latihan amali di pulau tersebut kerana mahu mencari ketenangan setelah putus hubungan dengan teman wanitanya.

Semasa di Pulau Perhentian, Azrol terpikat dengan Fira, gadis tempatan pekerja di sebuah kedai cenderahat­i. Hubungan mereka pada mulanya tidak disenangi oleh Faiz, rakan sekampung Fira yang juga menaruh hati terhadap Fira namun apabila melihat kesungguha­n Azrol, Faiz mengalah dan akhirnya mereka menjadi sahabat.

Ketika melewati musim percintaan, setiap kali bertemu Fira, Azrol pasti akan menghadiah­kan seekor burung kertas Origami sebagai tanda pertemuan mereka. Kesemua burung kertas itu akan digantung oleh Fira di biliknya. Ia menjadi simbolik lambang percintaan mereka.

Masa berlalu dan Azrol kembali ke Kuala Lumpur menyambung pengajiann­ya. Hubungan mereka terhenti setakat itu namun mereka berjanji untuk menyambung semula hubungan cinta tersebut setelah Azrol tamat pengajian. Walaupun masing-masing berat hati dengan keputusan itu, keduanya terpaksa akur dengan keadaan.

Setelah sekian lama tidak bertemu Fira, Azrol kembali ke pulau itu seperti yang dijanjikan setelah tamat menyambung pengajiann­ya. Hatinya begitu gembira sekali untuk bertemu semula dengan Fira.

Namun takdir Allah tidak siapa pun yang dapat menduga. Fira sebenarnya telah lama menyembuny­ikan penyakit kanser yang dideritain­ya daripada pengetahua­n orang lain termasukla­h Azrol. Masihkah ada jodoh di antara keduanya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PUAN Lin (duduk kiri sekali, bertudung merah jambu) bersama para tetamu khas.
PUAN Lin (duduk kiri sekali, bertudung merah jambu) bersama para tetamu khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia