Utusan Borneo (Sabah)

Tinjauan dapati golongan belia tidak minat politik

Tinjauan mendapati belia tidak berminat dengan politik

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Satu tindakan perlu diambil dengan segera bagi mendapatka­n kepercayaa­n golongan muda agar mendaftar sebagai pengundi, memandangk­an mereka adalah penentu masa depan negara.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang berkata, satu tinjauan awam dilakukan yang menyasarka­n golongan belia berumur 21 hingga 30 tahun pada Ogos lalu.

“Berdasarka­n statistik yang dikumpul, 70 peratus daripada 604 yang ditemui tidak berminat dengan politik. 71 peratus daripada kaji selidik itu juga berpandang­an mereka tidak mempunyai pengaruh terhadap kerajaan.

“Manakala 74 peratus pula merasakan politik adalah sesuatu yang merumitkan dan 66 peratus merasakan ahli politik tidak boleh dipercayai,” katanya ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung LDP ke28 2017, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, statistik itu menunjukka­n satu petanda yang tidak baik dan persepsi undi mereka tidak mempunyai pengaruh besar serta kurangnya kepercayaa­n terhadap ahli politik adalah faktor utama para belia tidak mendaftar sebagai pengundi.

“Ketika saya aktif dalam pergerakan pemuda pada suatu ketika dahulu, saya sangat memahami bahawa golongan muda memerlukan satu pelantar bagi menghubung­kan diri mereka dengan golongan lain.

“Apa yang lebih penting adalah pelantar itu digunakan bagi menyuaraka­n permasalah­an mereka supaya diambil perhatian oleh pemimpin atasan,” katanya.

Teo berkata, setiap kali membaca komen di media sosial, pelbagai reaksi negatif yang diberikan dan terdapat komen yang disampaika­n sangat kasar dan biadap.

Katanya, keadaan itu sangat membimbang­kan kerana sekiranya pendapat seumpamany­a menggambar­kan keseluruha­n generasi baharu, maka masa depan negara ini akan kelihatan suram.

“Saya tertanya-tanya adakah mereka yang menggelark­an diri sebagai ‘keyboard warrior’ pernah menyumbang­kan sesuatu yang positif dan konstrukti­f dalam usaha memajukan negara ini.

“Saya menyaranka­n agar belia berfikiran dan bertindak secara positif untuk mendapatka­n keputusan yang diinginkan,” katanya.

Jelasnya pemikiran negatif hanya melahirkan tindakan yang tidak baik seterusnya membawa diri masingmasi­ng ke arah kegagalan dan kekecewaan,” katanya.

Ketika saya aktif dalam pergerakan pemuda pada suatu ketika dahulu, saya sangat memahami bahawa golongan muda memerlukan satu pelantar bagi menghubung­kan diri mereka lain.” dengan golongan

DATUK SERI PANGLIMA TEO CHEE KANG Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP)

 ??  ?? TEO (enam kiri) bersama pemimpin LDP merakamkan gambar kenangan.
TEO (enam kiri) bersama pemimpin LDP merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? TEO (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada Timbalan Presiden LDP Senator Datuk Chin Su Phin.
TEO (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada Timbalan Presiden LDP Senator Datuk Chin Su Phin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia