Utusan Borneo (Sabah)

Empat bot pukat tunda ditahan langgar syarat sah lesen

- -Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Empat bot pukat tunda ditahan selepas didapati menangkap ikan kurang daripada tiga batu nautika dari kawasan darat.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, kegiatan bot terbabit melibatkan kawasan kurang daripada tiga batu nautika di perairan Papar dan Tuaran.

Menurutnya, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di sini mengesan aktiviti berkenaan ketika menjalanka­n Ops Khas.

“Bot Ronda Maritim mengesan empat bot pukat tunda dalam keadaan mencurigak­an sekitar jam 11 hingga 11.50 malam pada Jumaat.

“Hasil pemeriksaa­n, bot pukat tunda itu membawa seramai 20 orang kru termasuk tekong dalam lingkungan umur 23 hingga 53 tahun.

“Kesemuanya membabitka­n seorang warganegar­a tempatan, tiga warga Filipina dan 16 warga Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Adam berkata, keempat- empat bot berkenaan ditahan kerana melanggar syarat sah lesen dibawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada tiga batu nautika dari kawasan darat.

Katanya, semua tangkapan termasuk, bot serta hasil ikan sebanyak 270 kilogram (kg) dibawa ke jeti Maritim Sepanggar untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, penangkapa­n terbabit turut meredakan keresahan golongan nelayan pantai di kawasan Papar dan Tuaran.

Menurutnya, operasi itu akan diteruskan bagi mengekang kegiatan bot-bot tunda yang menangkap ikan kurang daripada tiga batu nautika dari terus bermaharaj­alela.

“Maritim Malaysia juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bot yang mengambil peluang menceroboh kawasan zon menangkap ikan atau kesalahan lain yang menyalahi syarat sah lesen.

“Semua pengusaha bot nelayan haruslah mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat sah lesen.

“Saya juga mengingatk­an agar semua pengusaha bot tidak mementingk­an keuntungan semata-mata sehingga mengakibat­kan sumber ikan pupus dan berkuranga­n,” jelasnya.

 ??  ?? BOT pukat tunda yang ditahan dibawa ke jeti Maritim Sepanggar untuk siasatan lanjut.
BOT pukat tunda yang ditahan dibawa ke jeti Maritim Sepanggar untuk siasatan lanjut.
 ??  ?? HASIL tangkapan ikan sebanyak 270kg turut dirampas.
HASIL tangkapan ikan sebanyak 270kg turut dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia