Utusan Borneo (Sabah)

Tamu Sabtu Pekan Ranau lubuk rezeki

Terus jadi ‘lubuk rezeki’ penduduk

- Oleh JAINUDIN NASIR

TAMU mingguan pada setiap hari Sabtu di Pekan Ranau masih kekal sebagai ‘lubuk rezeki’ bagi golongan petani, penternak dan peladang di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Ranau.

Para penduduk yang majoritiny­a suku kaum Dusun, yang tinggal di DUN Kundasang, Karanaan dan Paginatan, menjadikan Tamu Sabtu di pasar terbuka berhampira­n Pasar Besar Pekan Ranau sebagai lokasi mereka meraih rezeki untuk menampung perbelanja­an keluarga.

Majlis Daerah Ranau (MDR) menetapkan kawasan itu bermula seawal jam 5 pagi hingga 2 petang sebagai lokasi para penjaja menjual pelbagai jenis hasil pertanian serta keperluan lain.

Antara yang dijual ialah sayuran segar tanah tinggi, kraftangan tempatan, ubat- ubatan tradisiona­l dan moden serta buah-buahan, alat bunyian tradisi, dan banyak lagi.

Tinjauan ke tamu itu mendapati sepanjang kawasan kira-kira 200 meter berkenaan agak sesak dengan penjaja serta ribuan pengunjung dari dalam dan luar daerah Ranau, termasuk dari Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau, Telupid, Tambunan, Kudat, Kota Marudu dan Tuaran.

Penjual kraftangan tempatan, Jusineh Kingki, 50, dari Kg Kinapulida­n dan pengusaha produk tuhau dari Kg Randagong Lama Razak, 52, kehadiran ramai pengunjung sangat baik untuk perniagaan kecil-kecilan mereka.

Penjaja kuih-muih, Helen Lasiki, 30, dari Kg Marakau dan peniaga bunga hidup dari Kg Paka Dua Rohani Mathnie, 48, pula mengakui lokasi tamu itu amat sesuai bagi mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Seorang penjual gong, Saribin Kaddaman, 50, dari

“Para penduduk yang majoritiny­a suku kaum Dusun, yang tinggal di DUN Kundasang, Karanaan dan Paginatan, menjadikan Tamu Sabtu di pasar terbuka berhampira­n Pasar Besar Pekan Ranau sebagai lokasi mereka meraih rezeki untuk ” menampung perbelanja­an keluarga.

Kg Kituntul Baru pula boleh meraih jualan RM700 bagi satu set (enam unit) gong, tidak termasuk gendang.

Bagi seorang pesara kerajaan, Michael Foo, 74, dari Kg Muhibbah yang menjual bunga orkid, tamu itu dijadikann­ya sebagai lokasi riadah sambil menjana pendapatan.

“Sejak dahulu, saya dan isteri memang minat dengan bunga-bungaan. Maka, timbul pula minat untuk menjualkan­nya kepada orang ramai,” katanya.

 ??  ?? MICHAEL bersama rakannya menjual bunga hidup.
MICHAEL bersama rakannya menjual bunga hidup.
 ??  ?? SEBAHAGIAN panorama Tamu Sabtu Pekan Ranau.
SEBAHAGIAN panorama Tamu Sabtu Pekan Ranau.
 ??  ?? ZAKINAH (kiri) penjaja produk tuhau.
ZAKINAH (kiri) penjaja produk tuhau.
 ??  ?? JUSINEH menjual kraftangan tempatan.
JUSINEH menjual kraftangan tempatan.
 ??  ?? SARIBIN (kiri) bersama orang ramai menguji kesepaduan bunyi paluan gong yang dijualnya.
SARIBIN (kiri) bersama orang ramai menguji kesepaduan bunyi paluan gong yang dijualnya.
 ??  ?? BUAH pisang berbagai jenis banyak dijual di tamu berkenaan.
BUAH pisang berbagai jenis banyak dijual di tamu berkenaan.
 ??  ?? NASI ‘linopot’ (nasi bungkus) banyak dijual di Tamu Sabtu Pekan Ranau.
NASI ‘linopot’ (nasi bungkus) banyak dijual di Tamu Sabtu Pekan Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia