Utusan Borneo (Sabah)

IPT digalak mengadakan program bakti siswa

-

KUCHING: Institusi pengajian tinggi (IPT) swasta dan awam di negeri ini digalak mengadakan program khidmat masyarakat atau program bakti siswa untuk para siswa masing-masing.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program bakti siswa merupakan lapangan terbaik untuk para siswa menyelami kehidupan sebenar masyarakat terutama di luar bandar.

Malah katanya, pembabitan para siswa dalam program seperti ini mampu membentuk jati diri yang lebih baik dalam kalangan para siswa.

“Pendidikan bukan sahaja mengenai membaca, menulis dan mengeja tetapi ia turut merangkumi aspek kehidupan seperti berbakti kepada masyarakat dan sebagainya.

“Sebab itu, kami di peringkat kementeria­n dan kerajaan amnya sedia membantu jika ada mana-mana institusi yang mahu mengadakan program bakti siswa.

“Berkemungk­inan ada yang melihat program ini sebagai membebanka­n, tetapi program seperti ini boleh menjadikan diri anda lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvokesye­n Ke14 Kolej Teknologi Sarawak (TCS) di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.

Mengulas mengenai konvokesye­n tersebut, Karim berkata sijil diploma mahupun ijazah yang diterima oleh para graduan semalam bukan penentu masa depan mereka.

Tetapi katanya, ia merupakan permulaan kepada hala tuju kehidupan para graduan selepas ini.

“Hari ini, graduan universiti semakin ramai dengan persaingan yang sengit dan menjadi tanggungja­wab semua kita ini mendapatka­n pendidikan pada tahap paling tinggi.

“TCS merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar kepada pasaran kerja di negeri ini dan graduan serta warga TCS harus berbangga dengan ini di mana 98 peratus graduannya mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian,” katanya.

Turut hadir, Ketua Eksekutif TCS Azri Nor Abdul Rahman, Pengerusi TCS Nik Aznizan Hussein, Konsultan TCS Dr Mohamad Pedro Barbeito serta Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Abdul Rahman Deen.

 ??  ?? KARIM menyampaik­an anugerah kepada graduan ijazah terbaik, Nur Shakirin Mohamad pada Konvokesye­n Ke-14 TCS di Kuching. Turut kelihatan Azri (kanan).
KARIM menyampaik­an anugerah kepada graduan ijazah terbaik, Nur Shakirin Mohamad pada Konvokesye­n Ke-14 TCS di Kuching. Turut kelihatan Azri (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia