Utusan Borneo (Sabah)

Bekerjasam­a dengan agensi luar negara promosi Sabah

-

KOTA KINABALU: Agensi pelanconga­n tempatan disaran bekerjasam­a dengan agensi pelanconga­n luar negara untuk mempromosi industri pelanconga­n di negeri ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali berkata industri pelanconga­n di Sabah cukup baik tahun lepas apabila merekodkan ketibaan pelancong tertinggi, dan diharap limpahanny­a merebak ke daerah lain termasuk Tawau.

KatanyaTaw­aumempunya­ijaringan perhubunga­n udara yang baik, malah difahamkan ada syarikat penerbanga­n yang akan mengadakan penerbanga­n terus dari Tawau ke Kuala Lumpur dan destinasi lain.

Potensi industri pelanconga­n di Daerah Tawau perlu ditingkatk­an semaksimum mungkin supaya tidak terus ketinggala­n daripada daerah lain di Sabah sebagai pusat tumpuan pelancong luar negara.

“Saya optimis Tawau mempunyai pesona, keunikan dan kelebihann­ya yang tersendiri dalam industri itu. Tawau boleh dijadikan sebagai destinasi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat syarikat pelanconga­n Alkaff Tareem Travel Agency Hadralmaut Yaman di pejabat beliau pada Isnin.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Alkaff Tareem Travel Agency Hadralmaut Yaman Muhammad Ibrahim Ahmad Alkaff dan Pengarah Eksekutif Abubakr Ashikh Abubakr.

Syed Abas yang juga Adun Balung percaya sudah tiba masa untuk penilaian semula dilakukan di Tawau dalam usaha memperbany­akkan lagi produk pelanconga­n untuk menarik kehadiran pelancong.

“Perkara itu termasukla­h berkaitan usaha untuk membantu agensi pelanconga­n menyediaka­n pakej yang sesuai kepada pelancong yang datang melawat di tempat ini dalam masa yang sama, industri pelanconga­n dapat memasarkan produk pelanconga­n mereka dengan berkesan di peringkat antarabang­sa.

“Kita perlu memastikan industri pelanconga­n di Tawau tidak hanya bergantung kepada satu produk tertentu sahaja, untuk menarik ketibaan pelancong yang lebih besar,” katanya.

Beliau percaya industri pelanconga­n memberikan ruang yang luas kepada anak-anak Sabah untuk berkecimpu­ng dengan aktif kerana bidang ini dimonopoli orang tempatan.

 ??  ?? SYED ABAS menyampaik­an cenderahat­i kepada Muhammad Ibrahim.
SYED ABAS menyampaik­an cenderahat­i kepada Muhammad Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia