Utusan Borneo (Sabah)

Penghuni PPR Taman Mesra gesa masalah bekalan air diberi perhatian

-

SANDAKAN: Penghuni PPR Taman Mesra di sini menggesa pihak berkaitan untuk memberi perhatian lebih kepada gangguan bekalan air yang telah mengganggu rutin harian mereka.

Menurut penduduk, gangguan bekalan air di kawasan perumahan itu semakin buruk dan kerap berlaku.

Mereka berharap sekiranya bekalan air ditutup sementara bagi tujuan penyelengg­araan, notis pemberitah­uan perlu dikeluarka­n awal bagi membolehka­n penduduk menyimpan bekalan air.

Difahamkan, bekalan air telah terputus sejak empat hari berturut-turut menyebabka­n ada antara penghuni yang terpaksa mandi di tandas awam berhampira­n.

Selain itu, penghuni juga terpaksa membeli air bersih daripada mesin vendor di Bandar Kim Fung. Mereka juga merungut kerana rumah dipenuhi dengan gelen air.

Sehubungan itu, penghuni di Taman Mesra berharap bekalan air tidak ditutup selama beberapa hari secara berterusan tanpa notis pemberitah­uan.

Sementara itu, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Elopura Chan Tzun Hei berkata gangguan bekalan elektrik itu berlaku disebabkan masalah perpaipan dalaman di salah sebuah blok kediaman di Taman Mesra.

“Saya telah menghubung­i pihak berkaitan berhubung gangguan bekalan air dan diberitahu terdapat masalah pada paip di sebuah blok kediaman.

“Ia adalah di bawah selenggara­an Majlis Perbandara­n Sandakan dan pihak berkenaan sedang melakukan penyelengg­aran dan membaiki paip itu secara berperingk­at,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

 ??  ?? MASALAH perpaipan di salah sebuah blok PPR Taman Mesra yang menyebabka­n gangguan bekalan air berlaku.
MASALAH perpaipan di salah sebuah blok PPR Taman Mesra yang menyebabka­n gangguan bekalan air berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia