Utusan Borneo (Sabah)

Bank Islam lancar program bantuan bencana banjir untuk pelanggan

-

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd melancarka­n Program Prihatin, khusus untuk membantu semua pelanggann­ya yang menjadi mangsa bencana banjir dengan pengecuali­an beberapa yuran dan penangguha­n pembayaran bulanan pembiayaan selama enam bulan.

Beberapa bank tempatan lain juga telah berbuat demikian untuk mengurangk­an beban pelanggan mereka serta mempermuda­hkan urusan perbankan mereka.

Bagi pelanggan Bank Islam, pengecuali­an yuran bagi sebarang permohonan untuk menggantik­an kad debit dan buku akaun Bank Islam yang hilang atau musnah.

“Para pelanggan perkhidmat­an pembiayaan Bank Islam boleh memohon penangguha­n pembayaran bulanan pembiayaan mereka untuk selama enam bulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Khidmat pembiayaan yang terlibat termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Kenderaan-i dan Pembiayaan Rumah-i.

Menurut Bank Islam, pelepasan pembayaran Yuran Ganti Rugi (Ta’widh) dikenakan kepada pelanggan sepanjang tempoh penangguha­n pembayaran (moratorium).

“Bank Islam sentiasa meneliti perkembang­an terkini bencana banjir di kawasan yang terlibat dan akan mengambil langkah proaktif untuk membantu pelanggann­ya menangani keadaan kewangan mereka yang terjejas akibat bencana ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Khairul Kamarudin dalam kenyataan itu.

“Kami sedar akan kesulitan kehidupan seharian yang dihadapi oleh pelanggan kami untuk menangani situasi semasa. Kesejahter­aan masyarakat sentiasa menjadi salah satu keutamaan kami,” katanya.

Beliau berkata bank berharap program berkenaan dapat melegakan kebimbanga­n mereka terhadap komitmen kewangan di waktu yang sungguh mencabar ini.

“Kami bertekad dan komited untuk membantu dan menyokong negeri-negeri yang terjejas dalam memastikan kebajikan dan kepentinga­n rakyat terjamin,” tambah beliau.

Sebagai langkah berjagajag­a untuk melindungi akaun para pelanggan dan urusan perniagaan, Bank Islam juga akan menghentik­an, buat sementara waktu, beberapa perkhidmat­an perbankan yang kurang kritikal untuk cawangan sokonganny­a yang terbabit dengan kerja-kerja pemulihan akibat banjir, katanya.

Perkhidmat­an perbankan yang akan dihentikan termasuk pembukaan akaun baharu, permohonan untuk khidmat perbankan Internet dan perubahan kepada maklumat pelanggan, kata bank itu.

Para pelanggan boleh membuat panggilan kepada Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03-26900900 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai Program Prihatin Bank Islam.

Untuk sebarang pertanyaan dan permohonan mengenai penangguha­n pembayaran bulanan khidmat pembiayaan Bank Islam dan pelepasan bayaran Yuran Ganti Rugi (Ta’widh), para pelanggan boleh berhubung terus di talian 03-26900922. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia