Utusan Borneo (Sabah)

Bukti pendidikan diutamakan

Kerajaan sedia peruntukan besar menerusi Bajet 2018: Radin

- Oleh DELLROY

TENOM: Pendidikan khususnya di peringkat prasekolah adalah asas pembentuka­n sahsiah serta menentukan tahap pendidikan yang berkertamp­ilan tinggi.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, ia dapat dilihat melalui komitmen kerajaan Persekutua­n menyediaka­n peruntukan besar dalam Bajet 2018.

Ia bagi melaksana pelbagai inisiatif termasukla­h membina kemudahan pendidikan yang berkualiti yang boleh mewujudkan suasana persekitar­an pembelajar­an yang baik dan kondusif penting untuk perkembang­an bakat dan potensi para pelajar berkenaan.

“Semua penambahba­ikan ke atas dasar dan program pendidikan dilaksanak­an demi kejayaan program Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan meningkatk­an lagi kesejahter­aan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Konvokesye­n Mini Kanak-kanak Tabika/Taska Permata Kemas 2017 Parlimen Tenom di Dewan SMK Chinta Mata di sini pada Khamis.

Radin yang juga Adun Melalap berkata, rakyat amat bertuah kerana kerajaan sentiasa komited memastikan semua golongan rakyat menerima pendidikan masingmasi­ng agar mereka menjadi insan yang berilmu, bermoral, produktif, berdaya saing serta sentiasa bersikap positif dalam kehidupan mereka.

Malah katanya, golongan kanak-kanak istimewa dan orang kelainan upaya (OKU) turut berpeluang belajar agar mereka tidak terpinggir daripada menikmati pembanguna­n di negara ini.

Jika ada ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa, beliau berharap mereka tidak segan-silu menghantar anak berkenaan ke pusat didikan dan sekolah berkenaan.

“Kita juga berharap Kemas dapat membantu menyediaka­n kelas khas untuk golongan ini bagi mengelakka­n keciciran dalam pendidikan dan meningkatk­an potensi diri mereka agar berupaya memberi sumbangan kepada pembanguna­n negara ini,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 320 pelajar tabika/taska, guru Kemas dan Tabika terbaik menerima sijil serta anugerah kecemerlan­gan masing-masing.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan, Timbalan Pengarah Kemas Negeri Sabah (Kewangan dan Pembanguna­n) Zulkefli Ahmad Nazri, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Melalap Simon Mamat, Pegawai Kemas Daerah Tenom Riyanti Mekail @Ibrahim, dan Penyelia Pendidikan Awal KanakKanak Kemas Daerah Tenom Noor Izyani Piduman.

“Semua penambahba­ikan ke atas dasar dan program pendidikan dilaksanak­an demi kejayaan program Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan meningkatk­an lagi kesejahter­aan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini.

DATUK SERI PANGLIMA RADIN MALLEH Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? RADIN menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar tabika.
RADIN menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar tabika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia