Utusan Borneo (Sabah)

Yaman diancam kebuluran terbesar: PBB

Jutaan nyawa terjejas jika perikatan pimpinan Arab Saudi tidak menamatkan sekatan

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Yaman menghadapi kebuluran besar-besaran yang akan menjejaska­n jutaan nyawa jika perikatan pimpinan Arab Saudi tidak menamatkan sekatan dan membenarka­n penghantar­an bantuan ke dalam negara tersebut, kata ketua bantuan PBB kelmarin.

Mark Lowcock, penolong setiausaha agung PBB bagi halehwal kemanusiaa­n, memberi amaran “ia akan menjadi kebuluran terbesar pernah dilihat manusia sejak sekian lama, dengan jutaan mangsa”.

Pegawai PBB itu bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada Majlis Keselamata­n PBB dalam satu sesi tertutup mengenai krisis di Yaman, di mana perikatan berkenaan sudah melancarka­n kempen tentera ke atas pemberonta­k Huthi sejak Mac 2015.

Majlis itu menuntut agar perikatan pimpinan Arab Saudi terus membuka pelabuhan dan lapangan terbang di Yaman untuk membantu penghantar­an di negara di mana tujuh juta orang sudah pun berdepan dengan risiko kebuluran.

Ahli majlis menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai “situasi kemanusiaa­n yang buruk di Yaman” dan menekankan “kepentinga­n untuk memastikan semua pelabuhan dan lapangan terbang Yaman terus berfungsi”, kata Duta Itali Sebastiano Cardi, yang memegang jawatan presiden majlis, kepada pemberita selepas mesyuarat.

Perikatan menutup sempadan Yaman sebagai tindak balas kepada serangan misil oleh pemberonta­k Huthi di Yaman yang dipintas dekat lapangan terbang Riyadh.

Namun PBB, yang sudah menyenarai­kan Yaman sebagai krisis kemanusiaa­n nombor satu di dunia, kecewa dengan keputusan tersebut, dan memberi amaran situasi itu sudah “umpama mala-petaka” di negara itu.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres bercakap dengan Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menerusi telefon kelmarin dan menerima beberapa “petunjuk bahawa mereka akan meneliti pembukaan semula pintu masuk ke Yaman”, kata Cardi.

Kira-kira 17 juta warga Yaman amat memerlukan makanan, tujuh juta daripadany­a berisiko mengalami kebuluran, dan kolera sudah menyebabka­n lebih 2,000 kematian.

Pada Selasa lepas, satu penghantar­an pil klorin Persatuan Palang Merah, yang digunakan untuk mencegah kolera, disekat di sempadan utara Yaman, kata Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa.

Ketua bantuan PBB berkata penerbanga­n kemanusiaa­n mesti dibenarkan untuk bersambung ke ibu negara yang dikuasai pemberonta­k Sanaa dan ke kota Aden yang dikuasai kerajaan.

Beliau menuntut “akses segera ke semua pelabuhan laut” untuk penghantar­an bahan bakar, makanan dan bekalan lain yang amat penting – selain jaminan dari perikatan bahawa gangguan selanjutny­a tidak akan berlaku lagi.

“Apa yang kita perlu lihat ialah penguranga­n sekatan pada semua bahagian, bukan peningkata­nnya,” kata Lowcock.

Perikatan tentera Arab pimpinan Arab Saudi campur tangan di Yaman pada Mac 2015 untuk menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi selepas puak Huthi memaksa beliau hidup dalam buangan.

Yaman, negara paling mundur dalam dunia Arab, hampir bergantung sepenuhnya kepada import untuk makanan, bahan bakar dan ubat-ubatan.

Agensi bantuan PBB dan organisasi bantuan lain menyatakan penutupan sempadan telah menyebabka­n peningkata­n pada harga ba-nyak barangan.

Badan amal perubatan dari Perancis, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) kelmarin berkata perikatan tidak melepaskan penerbanga­nnya sejak tiga hari lalu, sekali gus menghambat keupayaann­ya untuk menyediaka­n bantuan yang menyelamat nyawa.

Peperangan itu begitu membebanka­n orang awam, membunuh ribuan dan memusnahka­n sistem kesihatan yang sudah pun lemah sebelum ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail 2 Mei, 2017 menunjukka­n seorang budak perempuan Yaman yang tidak seimbang pemakanann­ya sedang menerima rawatan di sebuah hospital di bandar pelabuhan Hodeidah, Yaman.
— Gambar AFP GAMBAR fail 2 Mei, 2017 menunjukka­n seorang budak perempuan Yaman yang tidak seimbang pemakanann­ya sedang menerima rawatan di sebuah hospital di bandar pelabuhan Hodeidah, Yaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia