Utusan Borneo (Sabah)

540 kereta import dipamer

Sempena Borneo Imports Meet 2017

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Sebanyak 580 kereta import akan dipamerkan sempena Program Borneo Imports Meet 2017 yang diadakan di Aeropod Commercial Square selama tiga hari bermula 24 November.

Dengan tema ‘Gather Below The Wind’, acara yang dianjurkan oleh AF & Crew and Plug Point Creatives Sdn. Bhd itu sudah masuk tahun kedua diadakan.

Pengasas AF & Crew Alan Fung berkata, pameran kereta terbesar di Borneo itu dijangka akan disertai seramai 580 peserta dari seluruh Borneo.

“Kami juga menerima penyertaan dari Semenanjun­g Malaysia termasuk dari negara luar seperti Jepun dan Hong Kong.

“Pelbagai jenis kereta yang diimport seperti JDMs, Continenta­ls, 4x4s, dan Classics akan dipamerkan sepanjang tiga hari program itu berlangsun­g,” katanya pada sidang media Program Borneo Imports Meet 2017, di sini pada Jumaat.

Katanya, pemilihan Aeropod Commercial

“Pelbagai jenis kereta yang diimport seperti JDMs, Continenta­ls, 4x4s, dan Classics akan dipamerkan sepanjang tiga hari program itu ” berlangsun­g ALAN FUNG Pengasas AF & Crew

(dua, kiri) sedang memberikan taklimat kepada media mengenai program Borneo Imports Meet 2017.

Square sebagai lokasi program bertepatan dan strategik kerana berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) dan hanya 5 kilometer (km) dari pusat bandar.

Katanya, peserta juga akan disediakan kawasan tempat letak kenderaan sebanyak tiga tingkat di dalam bangunan berkenaan.

“Kami menjangkak­an kirakira 6,000 pelawat datang dan akan terpesona dengan semua jenis kereta yang dipamerkan sepanjang berlangsun­gnya program ini.

“Kami juga berharap agar dapat mendidik masyarakat dengan pengetahua­n mengenai kereta seperti penjagaan, keselamata­n kereta dan sebagainya,” jelasnya.

Sementara itu, penganjur bersama merangkap Pengurus Jualan dan Pemasaran Creativity Plug Point Eric Yong berkata, pihaknya turut menyediaka­n ruang untuk penaja dan vendor menjalanka­n jualan serta perkhidmat­an sepanjang program berkenaan.

Katanya, terdapat juga gerai dan trak makanan untuk pelawat selain pelbagai aktiviti, bengkel, permainan, pertanding­an, cabutan, persembaha­n dari DJ Rachel B & DJ Jerone Paul, serta penampilan artisartis tempatan dari filem tempatan ‘KL Wangan’.

Beliau turut merakam penghargaa­n kepada penaja dan rakan rasmi Borneo Imports tahun ini seperti SP Setia Berhad, Lembaga Pelanconga­n Sabah, Hyatt Regency Kinabalu, Boogie Properties, YOLO Photobooth, dan sebagainya.

Justeru, beliau berharap kerajaan Negeri melalui Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dan Lembaga Pelanconga­n Sabah akan terus menyokong program itu bagi penganjura­n tahun seterusnya.

 ??  ?? ALAN
ALAN
 ??  ?? LIMA dari kanan; Eric, Alan bersama wakil penganjur dan penaja merakam gambar kenangan selepas sidang media berkenaan.
LIMA dari kanan; Eric, Alan bersama wakil penganjur dan penaja merakam gambar kenangan selepas sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia