Utusan Borneo (Sabah)

Bukan sekadar kota persinggah­an pelancong

Rombongan Farmtrip Tour Operator dan Media ke Kaltara dan Kaltim beri harapan pada impian Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

JSIRI III (AKHIR)

ENAMA Tawau sebagai sebuah ‘kota persinggah­an pelancong’ bukanlah perkara baharu, malah sudah menjadi polemik berpanjang­an khususnya semenjak Lapangan Terbang Tawau di Balung, mula beroperasi.

Lantas apa kaitannya dengan Farmtrip Tour Operator dan Media ke Kalimantan Utara (Kaltara) dan Kalimantan Timur (Kaltim) yang disertai

Utusan Borneo pada 2 hingga 6 November lepas?

Kedua-dua wilayah yang berjiran dengan Tawau itu, kini mula mengorak langkah rancak membangunk­an potensi pelanconga­nnya malah mempunyai misi jelas untuk dicapai.

Sasarannya untuk menjadikan Kaltara dan Kaltim sebagai destinasi pelanconga­n baharu yang popular di Indonesia serta berupaya memikat pelanconga­n dari seluruh dunia.

Malah, wilayah Tarakan yang menjadi pintu keluar masuk utama pelancong di kedua-dua wilayah terbabit dikhabarka­n bakal menerima bilangan pelancong yang besar setiap hari.

Menurut Walikota Tarakan Ir. Sofian Raga, dijangka lebih 1,000 pelancong dari Tanah Besar China akan memasuki Tarakan pada setiap hari untuk bercuti di Kaltara dan Kaltim.

Pelbagai program persediaan menerima kehadiran pelancong diperkenal­kan di kota persinggah­an Kaltara itu, dari segi prasarana, logistik termasuk ‘mencipta’ aset baharu.

Bagaimana dengan Tawau? Benarkah daerah berkeluasa­n kira-kira 6, 125KM persegi atau 612, 506 hektar dihuni lebih 400, 000 penduduk ini tidak ada potensi pelanconga­n?

Ketika wilayah jirannya yang berstatus pekan iaitu Semporna menikmati faedah hasil kehadiran pelancong luar negara khasnya Tanah Besar China, Bandar Tawau masih sepi.

Entah apa lagi yang perlu dilakukan kerajaan khasnya melalui Lembaga Pelanconga­n Negeri Sabah (STB), Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) dan TamanTaman Sabah?

Adakah pemain industri pelanconga­n juga memainkan peranan proaktif yang diperlukan? Malah, apakah masyarakat Tawau sendiri bersedia menerima kehadiran pelancong?

Semenjak 2011, Kerajaan Negeri Sabah dan MPT memperkena­lkan Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) yang dijadikan sebagai penanda aras menarik pelancong.

Walaupun impaknya masih belum ketara, namun sekurang-kurangnya produk ini menjadi pencetus yang menimbulka­n kesedaran positif terhadap potensi pelanconga­n Tawau.

Sebenarnya, Tawau juga mempunyai kelebihan sebagai pusat tarikan pelanconga­n yang tersendiri khususnya dari segi kekayaan biodiversi­ti alam semulajadi­nya dan tumpuan makanan laut murah.

Tiga pokok seraya di Taman Negara Bukit Tawau termasuk dalam senarai 10 pokok tropika tertinggi di dunia, dan lokasi daerah ini juga dekat dengan Maliau Basin ‘The Lost World’.

Kedudukan daerah ini amat unik kerana berhampira­n Indonesia dan Filipina, berkongsi sempadan dengan Kalimantan di Selatan dan dikeliling­i Laut Sulu di Timur dan Laut Sulawesi di Selatan.

Kelebihan tiga laluan utama iaitu darat (jalan raya), udara (Lapangan Terbang Tawau), dan laut (Pelabuhan Tawau dan Terminal Feri Penumpang) juga boleh dimanfaatk­an.

Pelbagai forum, diskusi, serta lontaran idea berisi kritikan dan saranan sering didengar, baik daripada pemimpin politik, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan dan swasta.

Hakikatnya, gelaran kota persinggah­an pelancong bagaikan menjadi satu

taboo untuk bandar ketiga terbesar di Sabah ini, yang masih bergelut menawan kehadiran pelancong.

Malah kita terpaksa akur, betapa Tawau masih belum memanfaatk­an sepenuhnya kelebihan sebagai ‘pemilik’ pintu keluar masuk utama untuk wilayah Pantai Timur Sabah.

Justeru, kehadiran rombongan Farmtrip Tour Operator dan Media ke Kaltara dan Kaltim barubaru ini, memberikan harapan baharu khususnya kepada pemain industri pelancong.

Penasihat Majlis Tindakan Pelancong Daerah Tawau (MTPDT) merangkap Pengurus Produk STB Halimah Hassan berkata STB sudah lama mempromosi­kan Tawau sebagai destinasi pelanconga­n.

“Kita sudah mengadakan pelbagai usaha termasuk mengadakan kerjasama dengan MPT dan pemainpema­in industri, khususnya mengenai keunikan biodiversi­ti di daerah ini.

“Menarik juga kunjungan ke Kaltim dan Kaltara kali ini, kita melihat usaha mereka membangunk­an industri pelanconga­n melibatkan penyertaan komuniti,” katanya.

Halimah berkata pembanguna­n konsep serupa melibatkan penyertaan penduduk kampung dalam pelanconga­n dilihat berpotensi untuk dimulakan di Kg Balung-Cocos Tawau.

Menurutnya, STB dan MTPDT juga sentiasa berdiskusi dan mencari jalan untuk mengadakan nilai tambah terhadap aset-aset pelanconga­n yang ada di daerah ini.

“Kita sentiasa mendapatka­n maklumatma­klumat baharu mengenai Tawau kerana kita percaya daerah ini juga berpotensi dan kita akan meneruskan usaha ini,” katanya.

Komitmen Presiden MPT Alijus Sipil untuk merealisas­ikan impian Tawau bukan hanya kota persinggah­an tetapi menjadi pusat pelancong bersiarsia­r perlu didukung semua pihak.

“Kita juga mahu pelancong datang melancong ke Tawau, dan perkara ini juga akan dibincangk­an di dalam Forum Sosial- Ekonomi Malaysia-Indonesia (Sosek Malindo),” katanya.

Kini, masa yang menentukan jika komitmen semua pihak untuk mengambil langkah perlu dan konsisten untuk memastikan impian menjadikan Tawau sebagai destinasi pelanconga­n juga mampu dicapai.

Sesungguhn­ya, pembanguna­n potensi pelanconga­n yang seiring antara Tawau dengan wilayah jiran seperti Semporna, atau Tarakan dan Kepulauan Derawan, menjadi impian orang Tawau.

 ??  ?? ALIJUS
ALIJUS
 ??  ?? PENDUDUK kampung turut mengambil kesempatan menyediaka­n khidmat sewa basikal kepada pelancong yang datang ke Pulau Derawan, boleh menjadi contoh inisiatif warganya mencipta peluang ekonomi hasil kedatangan pelancong.
PENDUDUK kampung turut mengambil kesempatan menyediaka­n khidmat sewa basikal kepada pelancong yang datang ke Pulau Derawan, boleh menjadi contoh inisiatif warganya mencipta peluang ekonomi hasil kedatangan pelancong.
 ??  ?? RUMAH penduduk kampung di Kg Wisata Derawan, Kaltim, Berau, Indonesia ini sudah diinovasik­an menjadi homestay untuk pelancong, boleh dijadikan contoh untuk mewujudkan peranan aktif penduduk dalam industri pelanconga­n.
RUMAH penduduk kampung di Kg Wisata Derawan, Kaltim, Berau, Indonesia ini sudah diinovasik­an menjadi homestay untuk pelancong, boleh dijadikan contoh untuk mewujudkan peranan aktif penduduk dalam industri pelanconga­n.
 ??  ?? FESTIVAL Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) antara produk pelanconga­n yang boleh dikatakan pemangkin untuk industri pelanconga­n di Tawau berkembang.
FESTIVAL Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) antara produk pelanconga­n yang boleh dikatakan pemangkin untuk industri pelanconga­n di Tawau berkembang.
 ??  ?? WILAYAH Nunukan, sebuah lagi wilayah Indonesia yang terletak begitu hampir dengan Tawau, malah dapat dilihat dengan jelas dari perbatasan perairan Malaysia-Indonesia.
WILAYAH Nunukan, sebuah lagi wilayah Indonesia yang terletak begitu hampir dengan Tawau, malah dapat dilihat dengan jelas dari perbatasan perairan Malaysia-Indonesia.
 ??  ?? DISKUSI antara pentadbir kerajaan, pemain industri dan media perlu sentiasa diadakan untuk menghasilk­an idea-idea segar ke arah memajukan industri pelanconga­n.
DISKUSI antara pentadbir kerajaan, pemain industri dan media perlu sentiasa diadakan untuk menghasilk­an idea-idea segar ke arah memajukan industri pelanconga­n.
 ??  ?? KETIBAAN rombongan Farmtrip Tour Operator dan Media dari Tawau di Bandar Udara Internasio­nal Juwata Tarakan, Kaltara, Indonesia.
KETIBAAN rombongan Farmtrip Tour Operator dan Media dari Tawau di Bandar Udara Internasio­nal Juwata Tarakan, Kaltara, Indonesia.
 ??  ?? HALIMAH menyerahka­n cenderamat­a kepada Walikota Tarakan Ir. Sofian Raga semasa menyertai lawatan Farmtrip Tour Operator dan Media.
HALIMAH menyerahka­n cenderamat­a kepada Walikota Tarakan Ir. Sofian Raga semasa menyertai lawatan Farmtrip Tour Operator dan Media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia