Utusan Borneo (Sabah)

‘HARTA’ BELUM DIKEMBALIK­AN?

Melibatkan wang dan emas bernilai RM30,000

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Siasatan kini dijalankan berhubung status dakwaanemp­atwanitawa­rga Indonesia yang mengatakan wang dan emas bernilai kirakira RM30,000 milik mereka belum dikembalik­an.

Merujuk laporan sebuah akhbar tempatan di wilayah negara jiran itu, keempatemp­at wanita terbabit dikenali sebagai Flaviana Tifa, 30, Linda Imani, 39, Juliana Peni, 23, dan Astin Delima, 25, berasal dari Nusa Tenggara Timur.

Mereka dikatakan ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) semasa menuju ke Nunukan pada 19 Ogos kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Wang dan barang kemas wanita terbabit juga dikatakan turut ditahan, namun mereka dijanji akan menerimany­a semula apabila dihantar pulang ke Indonesia.

Bagaimanap­un, keempatemp­at wanita itu mendakwa sehingga kini wang dan emas mereka belum diterima, walaupun selepas dihantar pulang ke Nunukan melalui Tawau.

Utusan Borneo yang menghubung­i Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau di sini pada Ahad dimaklumka­n kes itu sudah disampaika­n kepada Pusat Tahanan Sementara (PTS).

Menurut KRI Tawau, PTS mengesahka­n bahawa siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mengenalpa­sti status sebenar wang dan emas milik keempat-empat wanita itu.

Pengarah APMM Daerah Tawau Kepten Romli Mustapha berkata pihaknya pula perlu menyemak semula kertas siasatan yang melibatkan keempat-empat wanita terbabit.

“Kita perlu membuat semakan terlebih dahulu kerana semua kes berkaitan akan diambil keterangan dan ditandanga­n termasuk juga pemilik barangan berharga,” katanya.

Ketua Imigresen Daerah Tawau Noraini Rasi berkata pihaknya sedia membantu untuk mengesan lokasi sebenar keberadaan wang dan emas milik keempat-empat wanita itu.

Bagaimanap­un, beliau menasihati pihak terbabit tampil ke Pejabat Imigresen atau agensi lain termasuk membuat laporan polis untuk membolehka­n siasatan lanjut dilakukan.

“Kita di Imigresen tidak menyimpan barang-barang orang yang ditahan, sebaliknya tahanan akan diberikan resit oleh pihak PTS untuk barangbara­ng milik mereka.

“Sebelum dihantar pulang ke negara asal, tahanan juga perlu mengemukak­an resit kepada PTS semula sebagai bukti untuk menuntut semula barang-barang mereka,” katanya.

Noraini berkata PTS ada memaklumka­nnya bahawa dalam kes sedemikian, penuntut barang dinasihatk­an masuk semula ke Tawau dengan cara yang betul dan mengemukak­an resit.

Ataupun, mereka juga boleh menyerahka­n resit itu kepada ahli keluarga masing-masing yang berada di Tawau untuk membuat tuntutan barangbara­ng yang dinyatakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia