Utusan Borneo (Sabah)

Warga asing seludup minyak ditahan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KUDAT: Seorang lelaki warga Filipina yang membawa sebanyak 2,130 liter minyak petrol dipercayai hasil seludup ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di sini.

Pengarah Maritim Daerah Kudat Leftenan Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, kesemua minyak petrol terbabit diisi di dalam 71 tong dengan kapasiti 30 liter setiap tong.

Menurutnya, suspek ditahan kira-kira jam 1 pagi Sabtu dalam Ops Pluto Timur di 0.6 Batu Nautika dari Tanjung Berungus dekat sini.

“Lelaki berkenaan berumur 67 tahun dan tidak memiliki sebarangdo­kumenpenge­nalan diri yang sah.

“Suspek ditahan bersama sebuah bot enjin sangkut yang disyaki cuba menyeludup keluar minyak petrol tanpa surat kebenaran sah dari Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Dalam operasi itu, kita berjaya mengesan bot suspek dalam keadaan mencurigak­an sekitar jam 12.45 tengah malam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, hasil

(kanan) yang ditahan dalam Ops Pluto Timur APMM dipercayai membawa minyak petrol seludup.

pemeriksaa­n mendapati bot berkenaan tiada nombor pendaftara­n.

Boon berkata, kesemua barang rampasan termasuk bot dan enjin jenis Yamaha 40 HP dianggarka­n bernilai RM18,920.30.

Menurutnya, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Selain itu jelasnya, siasatan turut dijalankan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah (2002) (Perlesenan Kapal Kecil 2008) kerana mengendali­kan bot tanpa lesen sah dan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa kelulusan dari KPDNKK.

“Bot terbabit dibawa masuk ke Jeti Awam Kudat untuk pemeriksaa­n lanjut dan diserahkan kepada Unit Siasatan Maritim Kudat.

“Sebarang aktiviti yang dilakukan oleh bot-bot mestilah mengikut syaratsyar­at sah lesen yang dikeluarka­n oleh pihak berkuasa.

“Maritim Malaysia akan sentiasa memperting­katkan pemantauan dan rondaan bagi membantera­s sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut,” katanya.

Beliau berkata, jika terdapat sebarang maklumat kegiatan yang menyalahi undangunda­ng di laut atau kecemasan, boleh berhubung dengan APMM di talian 24 jam iaitu melalui MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Kudat 088-611857/ 58.

 ??  ?? SUSPEK
SUSPEK
 ??  ?? MINYAK petrol dan enjin bot jenis Yamaha turut dirampas.
MINYAK petrol dan enjin bot jenis Yamaha turut dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia