Utusan Borneo (Sabah)

Ahli K1M perlu siapkan diri dengan maklumat terkini

-

KOTA KINABALU: Ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) yang berperanan menyampai maklumat kerajaan kepada masyarakat, perlu menyiapkan diri dengan maklumat terkini dan sahih.

Pengarah Penerangan Sabah Swady Guliling dalam teks ucapan yang disampaika­n wakilnya Ahmad Fauzi Lamsin berkata antara maklumat yang boleh disebarlua­skan adalah berkaitan keharmonia­n kaum, makanan tradisi, produk serta lokasi pelanconga­n.

Beliau yang juga Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmat­an dan Pembanguna­n Masyarakat menjelaska­n maklumat seumpama yang disebar melalui media sosial mampu membantu kerajaan mempromosi serta menjana perkembang­an sektor pelanconga­n negara kepada pelancong domestik dan luar negara.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Mesra bersama Muafakat Komuniti 1Malaysia Pulau Pinang yang mengadakan lawatan tiga hari bermula Jumaat ke negeri ini pada Sabtu.

Rombongan seramai 40 ahli Majlis Permuafaka­tan K1M Pulau Pinang itu diketuai Pengarahny­a Ishak Abdullah yang mengunjung­i gerai makanan laut segar di Sinsuran, spa ikan di K1M Kampung Luanti di Ranau dan Ladang Tenusu Desa Kundasang.

Sementara itu, Ishak yang ditemui berkata lawatan berkenaan memberi gambaran sebenar perpaduan dan keindahan Sabah kepada rombongann­ya.

Beliau turut berharap program lawatan itu akan menjadi jambatan penghubung dan semangat setiakawan antara kedua-dua negeri.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan Peter Tong Ah Pin, Pengerusi Majlis Muafakat K1M Sabah Tahir Mohd Soon serta Pengerusi Majlis Muafakat K1M Pulau Pinang Datuk Ahmad Darus.

 ??  ?? ISHAK (tengah) dan Ahmad Darus (tiga dari kiri, depan) serta rombongan merakamkan gambar kenangan bersama Tahir (tiga dari kanan, depan), Peter (dua dari kiri, depan) dan Ahmad Fauzi (dua dari kanan, depan).
ISHAK (tengah) dan Ahmad Darus (tiga dari kiri, depan) serta rombongan merakamkan gambar kenangan bersama Tahir (tiga dari kanan, depan), Peter (dua dari kiri, depan) dan Ahmad Fauzi (dua dari kanan, depan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia