Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftar perkahwina­n diminta siasat dakwaan perkahwina­n sejenis

- Oleh

TAWAU:Empatpertu­buhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis susulan perkongsia­n tular di media sosial mengenai dakwaan perkahwina­n sejenis dua lelaki yang dikatakan berasal dari Tawau.

Keempat-empat NGO itu adalah Persatuan Bela Belia Tawau (Pembela), Persatuan Belia Usia Bahagian Tawau, Persatuan Nur Al- Mustafa dan Persatuan Banjar Tawau.

Mereka membuat laporan polis di IPD Tawau pada Ahad jam 12.45 tengahari untuk meminta Pendaftar Perkahwina­n menyiasat dan mengambil tindakan segera.

Pengerusi Pembela Shamry M Sani berkata laporan itu juga dibuat untuk mengelak insiden serupa berulang yang dikhuatiri menjadi ikutan budaya songsang.

“Malaysia tidak membenarka­n sebarang perkahwina­n sejenis daripada semua agama yang diamalkan rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata dakwaan perkahwina­n sejenis pemuda berusia 28 tahun dan pasanganny­a, 26, itu mula dikesan menjadi tular di Facebook dan Whatsapp pada 10 November lepas.

Menurutnya, pasangan itu dikatakan meraikan majlis pra-perkahwina­n mereka di Kuala Lumpur sebelum mengumumka­n ‘perkahwina­n’ mereka secara terbuka di media sosial.

Berdasarka­n perkongsia­n tular di media sosial, pasangan berkenaan dikatakan kini mengusahak­an perniagaan sebuah kafe di kawasan Pusat Komersil Bintang Kubota.

Netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung isu berkenaan dan ramai yang menolak perlakuan terbabit kerana bertentang­an dengan norma kehidupan masyarakat di Malaysia.

AMIR ANUAR

 ??  ?? EMPAT NGO di Tawau tampil membuat laporan polis di IPD Tawau.
EMPAT NGO di Tawau tampil membuat laporan polis di IPD Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia