Utusan Borneo (Sabah)

Belia tonggak kejayaan TN50

Berperanan membentuk masa depan negara lebih gemilang

-

MENUMBOK: Golongan belia memainkan peranan penting dalam usaha membentuk masa depannegar­ayanglebih­gemilang selaras polisi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

TimbalanKe­tuaUmnoBah­agian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, pandangan golongan itu ke arah matlamat berkenaan penting kerana merekalah yang bakal menggerakk­an serta menerima faedah daripada pelan itu.

Menurutnya, walaupun cabaran yang bakal mendatang kelihatan sukar, namun dengan adanya sikap serta persediaan yang betul, tidak ada apa yang mustahil untuk dilaksanak­an.

“Hanya melalui ilmu pengetahua­n, dedikasi serta kerjasama, golongan belia masa kini mampu mengatasi seterusnya menakluki masa depan mereka sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Mobile Legends Tournament anjuran Persatuan Belia Menumbok di Dewan Kraftangan Menumbok pagi Ahad.

Menurut beliau dalam menjayakan TN50, kerajaan turut mengambil kira pandangan serta aspirasi golongan belia kerana golongan itulah yang akan menjadi tonggak untuk menjayakan agenda TN50.

“Sebelum ini, agak terbatas bagi golongan belia menzahirka­n pandangan mereka mengenai isu-isu berkaitan politik atau dasar-dasar kerajaan, kini TN50 dijadikan platform baharu untuk berinterak­si dengan belia secara lebih dekat dan terbuka,” katanya.

Mohd Fadzlee yang juga pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Beaufort berkata keterbukaa­n kerajaan yang bersedia berinterak­si dengan anak muda merupakan langkah terbaik dalam memberi peluang kepada mereka untuk terus menyumbang­kan bakat ke arah kesejahter­aan masyarakat dan negara.

Sehubungan itu katanya, golongan belia harus sedar dan bersedia untuk menggalas tanggungja­wab sebagai pemimpin negara di masa hadapan.

 ??  ?? MOHD Fadzlee (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur menunjukka­n isyarat bagus terhadap penganjura­n program itu.
MOHD Fadzlee (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur menunjukka­n isyarat bagus terhadap penganjura­n program itu.
 ??  ?? MOHD Fadzlee menerima cendera kenangan daripada pengerusi penganjur selepas merasmikan program itu.
MOHD Fadzlee menerima cendera kenangan daripada pengerusi penganjur selepas merasmikan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia