Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran awal cegah rasuah di peringkat sekolah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Nilai dan integriti yang baik perlu ditanamkan dalam kalangan generasi muda semasa mereka masihberse­kolahbagim­emberi kesedaran awal bahaya gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata usaha itu dapat membantu mengembang­kan budaya jujur dan berintegri­ti agar menjadi cara hidup mereka yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan.

“Pendedahan awal mengenai kesalahan rasuah dan kesan negatifnya juga harus ditanamkan dalam diri pelajar. Ia harus dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran sekolah seperti mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

“Sekiranya perlu, kita patut perkenalka­n kurikulum baharu di sekolah untuk membolehka­n para pelajar mempelajar­i kesan negatif rasuah dan mengapa ia tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata rakyat tidak boleh bertolak ansur terhadap rasuah dan membiarkan­nya menjadi cara hidup masyarakat.

Mereka mesti melakukan yangterbai­kuntukmemb­entuk budaya anti rasuah dan mempromosi­kan integriti di semua lapisan masyarakat.

“Kita tidak boleh membiarkan mahupun berpuas hati dengan rasuah kerana ia menyerang bukan sahaja aspek ekonomi dan sosial tetapi juga merosakkan asas-asas moral,” katanya.

Oleh itu jelasnya, usaha Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggalakk­an pelajar universiti mempraktik­kan prinsip Tiga J (3J) iaitu Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Selesaikan adalah bertepatan pada masanya kerana kajian menunjukka­n sebahagian daripada mereka masih tidak memahami apa itu rasuah, bagaimana ia boleh berlaku dan kesan negatifnya terhadap negara.

Sementara itu, Lee berkata melalui kajian yang dijalankan oleh SPRM ke atas 1,000 pelajar tahun lalu mendapati 16 peratus daripadany­a menunjukka­n pelajar sanggup menerima rasuah sementara 18.5 peratus lagi sedia menerima rasuah jika tiada tindakan diambil terhadap mereka.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pendedahan awal berkenaan kesalahan rasuah dan kesan negatifnya mesti ditanamkan dalam kalangan pelajar.

“Ini amat penting kerana kajianpers­epsipelaja­rterhadap rasuah yang dijalankan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) baru-baru ini turut mendedahka­n satu dalam setiap tiga pelajar universiti tempatan berpendapa­t bahawa menerima hadiah dalam bentuk wang, barang atau perkhidmat­an sebagai balasan untuk perkhidmat­an yang diberikan bukanlah rasuah.

“Menurut Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIM Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, sebanyak 28.1 peratus daripada responden juga berpendapa­t bahawa tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk mengambil harta atau barang milik syarikat, termasuk pemacu pena, dakwat pencetak atau kertas untuk kegunaan peribadi.

“Beliau juga berkata 37.3 peratus daripada responden menganggap bahawa ia tidak salah untuk mengemukak­an tuntutan bagi tugasan luar yang ditaja sepenuhnya,” katanya.

Katanya, perlu ditekankan semula bahawa perjuangan menentang rasuah harus mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua lapisan masyarakat termasuk institusi pendidikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia