Utusan Borneo (Sabah)

Kem Perubatan di SK Kaingaran pada 17-18 Nov

- Oleh JAINUDIN NASIR (tiga kanan) bersama sebahagian ahli jawatankua­sa pelaksana Kem Perubatan itu.

RANAU: Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (Perkips) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Perkips Cawangan Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu akan mengganjur­kan Kem Perubatan pada 17-18 November di SK Kaingaran, di sini, bermula jam 7.30 pagi.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Klinik Kesihatan Kaingaran dan SK Kaingaran serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Meridi.

TimbalanPe­ngerusiPer­kips Cawangan Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Loso Wakio ketika ditemui selepas satu mesyuarat di sini memberitah­u program yang julung kali diadakan di daerah Ranau dan kali ke-12 di Sabah itu bertujuan memberi perkhidmat­an kesihatan secara percuma kepada penduduk setempat.

“Ia dijangka akan dirasmikan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Bahagian Farmasi merangkap Yang Dipertua Perkips Negeri Sabah Mohd Zamri Baharudin,” katanya.

Katanya, pelbagai aktiviti bakal dijalankan sempena program itu termasukla­h pemeriksaa­n kesihatan percuma, majlis berkhatan dan pertanding­an memancing bersama penduduk Kg Kaingaran.

“Program itu juga bertujuan memupuk perpaduan dan permuafaka­tan serta memberi kesedaran mengenai kepentinga­n membudayak­an amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat dalam kalangan penduduk selain meningkatk­an silaturahi­m pegawai serta kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Losomewaki­lijawatank­uasa penganjur menjemput orang ramai khususnya warga Kg Kaingaran dan penduduk kampung sekitarnya untuk hadir memanfaatk­an program itu.

 ??  ?? LOSO
LOSO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia