Utusan Borneo (Sabah)

KGKS wadah tangani perubahan

Berusaha lepaskan diri daripada pemikiran tradisiona­l

- Oleh DELLROY

KOTA BELUD: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) adalah wadah dan rakan kongsi dalam menangani perubahan dengan bersama-sama memainkan peranan sebagai alat utama ke arah merealisas­ikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Hj Suhaibul berkata, dalam soal kemenjadia­n pendidikan secara holistik negeri ini, pihak jabatan semestinya terus mengharap agar semua warga pendidik khususnya para guru terlibat secara aktif dalam melaksanak­an anjakan paradigma sesuai dengan peredaran semasa.

Katanya, warga guru seharusnya berusaha melepaskan diri daripada kongkongan permikiran tradisiona­l dan sebaiknya mengamalse­rtamembuda­yakan pemikiran era digital dan transforma­si.

“Antara pemikiran tradisiona­l yang menjadi amalan pengurusan sekolah dan bilik darjah yang masih menjadi halangan kepada lonjakan kemenjadia­n perubahan senario pendidikan negeri ini adalah pemikiran kepompong, takut, pantang larang, andang-andang dan budaya tidak boleh.

“Bila mana kita memahami konsep dan hala tuju ini maka, kita berubah menjadi insan atau organisasi yang menerajui perubahan secara total. Pemikiran transforma­si adalah berfikiran terbuka, berani, tidak terhad, berubah dan mencabar kemustahil­an.

“Sekiranya perubahan ini dapat dilaksanak­an dengan komitmen dan dedikasi pada tahap tinggi adalah tidak mustahil Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengunggul­i prestasi pendidikan di pelbagai peringkat,” katanya.

Teks ucapan beliau

DATUK HAJAH MAIMUNAH HJ SUHAIBUL Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

disampaika­n oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Abidin Marjan dalam ucapan perasmian Majlis Pelancaran Skim Perlindung­an Guru KGKS dan Kempen Kesedaran Kepentinga­n Perlindung­an Takaful di Kuala Abai, di sini, pada Sabtu.

Maimunah berkata, KGKS merupakan salah sebuah daripada 25 kesatuan yang berjuang untuk kebajikan dan perkhidmat­an warga guru dari Gred DGA 29 hingga ke Gred Jusa di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kesatuan yang berdaftar dengan Akta Kesatuan ini menjadi platform untuk kita berbicara dalam memperjuan­gkan kebajikan dan perkhidmat­an warga guru bila mana kita menoleh semula kepada sejarah penubuhan KGKS pada 50 tahun yang lalu dalam serba kekurangan,” katanya.

Menurutnya, JPNS sememangny­a tidak jemu dan sentiasa berusaha untuk menjadikan pendidikan sebagai pemangkin kepada perubahan mobiliti sosial penduduk negeri ini.

“Inisiatif KGKS melancarka­n skim perlindung­an insuran untuk warga guru adalah langkah bijak dan berani dalam melindungi kepentinga­n warga pendidik.

“Langkah ini adalah yang terpuji apatah lagi dengan konsep takaful yang melambangk­an kesatuan dalam erti kata berkesatua­n,” jelasnya.

Dalam pada itu, Presiden KGKS Hussin Basir berkata warga pendidik digalakkan mengambil pelan perlindung­an insuran itu kerana kesedaran perancanga­n perlindung­an kesihatan dan kewangan amat rendah.

“Kami dengan sukacitany­a menawarkan perlindung­an termurah dan berbaloi. Hanya dengan caruman serendah RM30 sebulan Insuran Takaful Great Eastern, kita akan mendapat perlindung­an 36 penyakit kritikal berjumlah RM60 ribu dan empat faedah yang lain,” katanya.

“Sekiranya perubahan ini dapat dilaksanak­an dengan komitmen dan dedikasi pada tahap tinggi adalah tidak mustahil Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengunggul­i prestasi pendidikan ” di pelbagai peringkat

 ??  ?? HUSSIN (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abidin (tengah) sambil diperhatik­an oleh wakil Insuran Takaful Great Eastern, Mohd Soffian (kiri).
HUSSIN (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abidin (tengah) sambil diperhatik­an oleh wakil Insuran Takaful Great Eastern, Mohd Soffian (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia