Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak klinik kesihatan dijangka ditempatka­n di bangunan komersial

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkina­n menempatka­n lebih banyak klinik kesihatan di bangunan komersial seperti di lot kedai dan pusat membeli-belah bagi menyediaka­n kemudahan kesihatan lebih baik kepada orang ramai dalam jarak yang dekat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata jarak yang dekat dapat memudahkan akses perubatan kepada pesakit terutamany­a masyarakat yang tinggal di kawasan jauh daripada fasiliti kesihatan awam.

Katanya langkah itu juga dibuat akibat faktor keadaan semasa seperti harga tanah yang semakin tinggi dan ruang tanah untuk pembinaan bangunan baharu yang tidak mencukupi terutamany­a di kawasan bandar.

“Kerajaan perlu buat keputusan atas keadaan semasa, tetapi ini bukan faktor kos semata-mata, tetapi ia juga dapat menampung pesakit yang tidak mempunyai akses perubatan di kawasan berhampira­n.

“Tidak semua tempat akan diwujudkan (klinik kesihatan di kawasan komersial seperti ini. Kami akan buat keputusan berdasarka­n analisa keperluan dan keadaan setempat yang berbeza mengikut kawasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Nak Sihat ‘Bersama Komuniti Kekal Sihat’ di Klinik Kesihatan Kota Damansara di sini, pada Ahad.

Klinik yang mula beroperasi bulan lepas itu dibina di bangunanlo­tkedailima­tingkat dengan kos RM11.7 juta dan menyediaka­n perkhidmat­an klinik pesakit luar, rawatan pergigian, perkhidmat­an xray dan rawatan kecemasan.

Sementara itu, Dr Subramania­m berkata program hari ini bertujuan mempromosi­kan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Katanya program seumpama itu perlu memandangk­an berlaku peningkata­n jumlah masyarakat di negara ini yang obesiti, menghidap hipertensi dan masalah merokok.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia