Utusan Borneo (Sabah)

Banteras rasuah habis-habisan SPRM sasar 100 tangkapan di Johor hingga hujung tahun ini

-

ISKANDAR PUTERI: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkak­an kira-kira 100 tangkapan rasuah dapat dilakukan oleh agensi itu di Johor sehingga penghujung tahun ini.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias berkata keyakinan itu bersandark­an kepada kepimpinan kerajaan negeri yang disifatkan sangat membantu dalam usaha agensi tersebut membantera­s rasuah secara habis-habisan.

Namun begitu, beliau masih berharap agar kerajaan dan masyarakat terutamany­a, meletakkan rasuah sebagai musuh nombor satu negara memandangk­an ia katanya, sentiasa berlaku di mana-mana selagi terdapat peluang dan ruang.

“Sampai hujung tahun ini, saya jangka kira-kira 100 tangkapan dapat dibuat di Johor tetapi apakah itu (tangkapan) satu perkara yang menunjukka­n rasuah benarbenar dapat dibanteras dalam Johor?

“Saya rasa tidak, kerana setiap pengganti kepada 100 orang ini akan membuat perkara yang sama kerana rasuah sangat berkait dengan ruang dan peluang.

“Saat kita duduk di tempat itu, maka peluang untuk lakukan rasuah adalah sangat tinggi,” katanya kepada kirakira 2,700 penjawat awam yang menghadiri Sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang disempurna­kan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr.Ali Hamsa di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di sini, pada Ahad.

Menurut Azmi negara tidak akan maju seperti yang diimpikan sekiranya masih terdapatra­mairakyatt­empatan dan warga asing berada dalam penjara dan pusat tahanan pendatang haram.

Katanya, keadaan ini merupakan petunjuk bahawa terdapat peningkata­n dalam bilangan kes mahkamah yang mungkin berkait dengan rasuah.

“Justeru, melihat perkara ini, aspirasi saya adalah kita mesti menjadikan isu rasuah musuh nombor satu dalam negara.

“Sebelum ini, kerajaan meletakkan dadah sebagai musuh nombor satu negara,” katanya. - Bernama

“Sampai hujung tahun ini, saya jangka kira-kira 100 tangkapan dapat dibuat di Johor tetapi apakah itu (tangkapan) satu perkara yang menunjukka­n rasuah benar-benar dapat dibanteras dalam Johor? Saya rasa tidak, kerana setiap pengganti kepada 100 orang ini akan membuat perkara yang sama kerana rasuah sangat ” berkait dengan ruang dan peluang.

DATUK AZMI ALIAS Pengarah SPRM Johor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia