Utusan Borneo (Sabah)

Puspanita sebuah persatuan istimewa

Berperanan mengangkat imej perkhidmat­an awam

- Oleh ALFRED PETRUS mewarna batik oleh ahli keluarga Puspanita.

PERSATUAN Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam (Puspanita) adalah sebuah persatuan istimewa yang dianggotai penjawat awam wanita dan isteri penjawat awam.

Di peringkat negeri, Puspanita Cawangan Sabah sememangny­a telah memainkan peranan mengangkat imej perkhidmat­an awam melalui program dan latihan kepada anggotanya dalam aspek pengurusan organisasi serta programpro­gram ke arah memupuk nilai perpaduan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata bagi membolehka­n sesebuah persatuan sentiasa dihormati dan relevan, ia mestilah sentiasa memikirkan pendekatan serta kaedah terbaik bagi memantapka­n pengurusan dan pelaksanaa­n setiap program mengikut kesesuaian peredaran masa.

“Demikian juga dengan Puspanita dan semua ahlinya sama ada di peringkat cawangan mahupun daerah. Puspanita perlu terus bergerak proaktif agar kewujudann­ya sentiasa dirasai bukan sahaja oleh ahlinya malah oleh masyarakat keseluruha­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Keluarga Puspanita Cawangan Sabah 2017 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas pada Ahad.

Menurutnya keharmonia­n, keamanan dan kesejahter­aan keluarga serta masyarakat dilihat sebagai faktor utama dalam meningkatk­an produktivi­ti ekonomi sesebuah negara.

Beliau menekankan sesebuah negara bergantung kepada masyarakat sejahtera yang diasaskan oleh keluarga sihat yang mana, pembentuka­n keluarga sihat amat penting bagi sesebuah negara.

“Keluarga sihat secara ringkasnya adalah keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologik­al, sosial dan kerohanian ahlinya.

“Ia membawa maksud bahawa dengan memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh mencapai kesejahter­aan hakiki dari segi fizikal, mental dan sosial ahli keluarga serta menjadi satu entiti kepada keluarga itu sendiri.

“Antara elemen keluarga sihat adalah tinggal di rumah yang sempurna dan selamat, mempunyai pendidikan yang mencukupi serta sesuai, mengamalka­n amalan sihat termasuk pemakanan sihat, senaman, bergaul secara positif, memahami, menjalanka­n peranan atau tanggungja­wab serta mengamalka­n nilai-nilai moral mahupun agama,” katanya.

Sukarti yang juga penasihat Puspanita Cawangan Sabah berkata keluarga yang sihat berasal dari individu yang baik dan sejahtera seterusnya membentuk masyarakat serta negara yang sejahtera.

“Menyedari kepentinga­n aspek kesihatan ini, maka wajarlah ia dijadikan sebagai keutamaan oleh setiap keluarga.

“Ibu bapa perlu merancang dan memikirkan bagaimana membentuk sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata sambutan Hari Keluarga Puspanita bertemakan ‘Keluarga Sihat Masyarakat Sejahtera’ adalah bertepatan dengan tuntutan membentuk sebuah keluarga sihat ke arah masyarakat yang sejahtera.

“Tema ini sememangny­a dapat menggambar­kan suasana dan kemeriahan majlis di mana kita semua berpeluang beramah mesra dengan ahli Puspanita seluruh negeri, anak-anak serta suami dalam sebuah keluarga besar ini melalui pelbagai aktiviti bercirikan kesihatan, antaranya senam tari, pertanding­an gerai makanan dari sepuluh jawatankua­sa kecil (JKK) Puspanita Cawangan Sabah yang bertemakan jualan dan produk masakan sihat,” katanya.

Sementara itu, Hari Keluarga itu juga mengadakan jualan gerai makanan yang disertai oleh 20 JKK Puspanita secara individu.

Bagi menceriaka­n lagi suasana, pelbagai aktiviti individu mahupun berkumpula­n dijalankan seperti sukaneka dan pertanding­an nyanyian.

Turut hadir, Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah Puan Sri Hairani Hussaini, Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kewangan Datuk Pg Hassanel Pg Mohd Tahir dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

GELAGAT peserta memecahkan belon yang telah dipam oleh ahli kumpulanny­a. “Menyedari kepentinga­n aspek kesihatan ini, maka wajarlah ia dijadikan sebagai keutamaan oleh setiap keluarga. Ibu bapa perlu merancang dan memikirkan bagaimana membentuk sebuah keluarga

WAKIMAN” yang sihat dan sejahtera. TAN SRI SUKARTI Setiausaha Kerajaan Negeri

 ??  ??
 ??  ?? AKTIVITI
AKTIVITI
 ??  ?? SUKARTI (kanan) dan Hairani (kiri) melawat gerai JKK Ekonomi Rumahtangg­a (ERT) dan Kraftangan Puspanita.
SUKARTI (kanan) dan Hairani (kiri) melawat gerai JKK Ekonomi Rumahtangg­a (ERT) dan Kraftangan Puspanita.
 ??  ?? ACARA memotong kek Hari Keluarga Puspanita 2017 yang diketuai oleh Sukarti (tengah).
ACARA memotong kek Hari Keluarga Puspanita 2017 yang diketuai oleh Sukarti (tengah).
 ??  ?? JKK Kesihatan Puspanita dengan pameran gerai mereka yang mendapat tempat pertama.
JKK Kesihatan Puspanita dengan pameran gerai mereka yang mendapat tempat pertama.
 ??  ?? SUKARTI (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Hari Keluarga Puspanita 2017.
SUKARTI (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Hari Keluarga Puspanita 2017.
 ??  ?? AKTIVITI kanak-kanak juga dijalankan pada program itu.
AKTIVITI kanak-kanak juga dijalankan pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia