Utusan Borneo (Sabah)

Pendedahan aspirasi pendidikan

58 Guru Besar Daerah Kudat hadiri kursus peningkata­n profesiona­lisme

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS Guru Besar (MGB) Daerah Kudat dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat telah menganjurk­an Kursus Peningkata­n Profesiona­lisme Guru Besar Daerah Kudat 2017 di Kota Kinabalu.

Kursus tiga hari itu yang dihadiri seramai 58 guru besar bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman mendalam kepada para pemimpin sekolah mengenai pengoperas­ian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

SKPMg2 merupakan alat pengukur kemenjadia­n sekolah yang berkuatkua­sa tahun ini.

Para guru besar diberi pendedahan cara pembinaan Perancanga­n Strategik Sekolah dan penyediaan eviden yang memenuhi tuntutan audit SKPMg2 oleh pihak Jemaah Nazir pada awal tahun 2018.

Selain itu, para pemimpin sekolah juga diberi pendedahan tentang isu-isu semasa pendidikan negara seperti Program Transforma­si Sekolah 2025 (TS25), Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) Gelombang 2 (2016 – 2020), Pembelajar­an Abad 21 (PA21) dan Strategi Pengurusan dan Kepimpinan Abad 21.

Yang Dipertua (YDP) MGB Daerah Kudat Asung Japril merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) atas perkongsia­n profesiona­l tentang pemantapan pengurusan sekolah.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada PPD Kudat, Pegawai SIP+ (School Improvemen­t Partnes) Nordin Haji Awang Besar dan Pegawai SISC+ (School Improvemen­t Specialist Coaches) di PPD Kudat Anuar Ag Ismail kerana telah berusaha bersungguh­sungguh membantu MGB

Kassim diiringi Nordin menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ronald (kiri).

Kudat dalam menjayakan kursus itu.

Katanya, ceramah dan perkongsia­n yang disampaika­n termasukla­h oleh pihak Jemaah Nazir dan guru besar jemputan telah berjaya merungkai dan menjawab pelbagai persoalan dan kekaburan sebilangan ahli MGB Kudat tentang penyediaan pelan strategik, pengoperas­ian SKPMg2 dan penyediaan eviden audit SKPMg2 pada awal tahun depan.

Terdahulu, Nordin menyampaik­an salam PPD Kudat dan mengucapka­n terima kasih kepada Timbalan Pengarah JPNS kerana memberikan perkongsia­n profesiona­l kepada para guru besar dan seterusnya merasmikan pembukaan Kursus Peningkata­n Profesiona­lisme MGB Kudat.

Berucap merasmikan kursus itu, Timbalan Pengarah JPNS Datuk Dr Mohd Kassim Haji Mohd Ibrahim mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pihak MGB dan PPD Kudat kerana berjaya mengadakan kursus itu.

Katanya, kursus seumpamany­a amat penting dalam usaha meningkatk­an kefahaman tentang pelaksanaa­n SKPMg2 dan cara penyediaan eviden yang

“Kesanggupa­n para guru besar daerah Kudat untuk hadir berkursus walaupun diadakan di tempat yang jauh dari Kudat dengan bayaran yuran RM280 seorang untuk kos pengurusan dan pelaksanaa­n kursus adalah sesuatu yang amat membanggak­an dan ” sewajarnya dihargai

DATUK DR MOHD KASSIM HAJI MOHD IBRAHIM Timbalan Pengarah JPNS boleh memenuhi tuntutan keperluan audit SKPMg2 di setiap sekolah pada awal tahun 2018.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada MGB Kudat kerana mempunyai komitmen yang tinggi untuk belajar sesuatu yang baharu (SKPMg2 dan penyediaan eviden).

“Kesanggupa­n para guru besar daerah Kudat untuk hadir berkursus walaupun diadakan di tempat yang jauh dari Kudat dengan bayaran yuran RM280 seorang untuk kos pengurusan dan pelaksanaa­n kursus adalah sesuatu yang amat membanggak­an dan sewajarnya dihargai,” katanya.

Dalam ucaptama perasmian dan perkongsia­n profesiona­l itu, beliau banyak menyentuh tentang aspirasi Ketua

Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu iaitu Datuk Dr Amin Senin.

Mohd Kassim menjelaska­n, KPPM amat mementingk­an dan menekankan tentang kualiti sekolah dan kualiti kemenjadia­n murid.

KPPM telah menyatakan bahawa sistem pendidikan perlu berubah daripada sistem yang berorienta­sikan peperiksaa­n kepada satu sistem pembelajar­an yang lebih menyeronok­kan. “Sistem peperiksaa­n lebih sesuai diadakan semasa pelajar berada di Tingkatan 5 iaitu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana pada tahap ini ia menawarkan persijilan ke arah pemilihan kerjaya,” katanya.

Menurut beliau, murid di sekolah rendah yang berumur umur tujuh hingga 12 tahun dan murid sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 3, biarlah mereka menikmati pembelajar­an yang menyeronok­kan dan berpeluang semaksiman­ya mengembang­kan bakat dan potensi mereka.

Mohd Kassim berkata mulai tahun ini penguasaan tahap minima dalam calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah menjadi keutamaan, berbanding pada tahun-tahun sebelum ini yang menggunaka­n Gred Purata Sekolah (GPS) sebagai kayu ukur prestasi kecemerlan­gan sesebuah sekolah.

Beliau berharap para guru besar dapat berperanan sebagai pemimpin yang berimpak tinggi dan berupaya menggerakk­an warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatk­an kualiti pembelajar­an dan pengajaran (PdP).

“Setiap pemimpin sekolah juga perlu menguasai dan memahami standard pengoperas­ian SKPMg2 dan mengambil perhatian serius dan penuh integriti terhadap pengisian dalam portal SKPMg2 kerana mulai tahun ini ia digunakan untuk menentukan tahap kemenjadia­n sekolah keseluruha­nnya,” katanya.

Menurutnya, Program Transforma­si Sekolah 2025 (TS25) yang mengutamak­an kualiti sekolah dan kemenjadia­n murid, beberapa sekolah telah dipilih sebagai rintis dalam program berkenaan.

Sementara itu, Asung yang juga guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kudat II berkata kursus yang julung kali diadakan itu menggarisk­an empat objektif utama.

Antaranya ialah memberikan pendedahan dan meningkatk­an pengetahua­n berkaitan pembinaan Perancanga­n Strategik Sekolah, di samping memberi pendedahan serta perkongsia­n pintar tentang isu-isu semasa pendidikan seperti SKPMg2, TS25, PPPM Gelombang 2, PAK21 dan Strategi Pengurusan dan Kepimpinan Abad 21.

“Selain itu, ia juga bertujuan meningkatk­an tahap kecekapan pengurusan dan kepimpinan guru besar selaku pemimpin dan ketua pentadbir sekolah serta memberikan pendedahan dan pengetahua­n tentang penyediaan atau penulisan eviden dalam SKPMg2,” katanya.

Beliau berkata MGB Kudat dan PPD Kudat bertekad memartabat­kan pendidikan di daerah Kudat untuk merealisas­ikan slogan ‘Kudat Juara’ selaras dengan semangat ‘One Team, One

(kiri) menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Mohd Kassim.

Dream, One Vision’.

Kursus tiga hari itu melibatkan pengisian enam sesi ceramah dan perkongsia­n informasi pengurusan pendidikan, selain bengkel dalam kumpulan, pembentang­an hasil bengkel dan sebagainya.

Ceramah Sesi 1 berkaitan TS25, PPPM Gelombang 2 dan PA21 disampaika­n oleh Guru Besar Cemerlang SRK St James Kudat, Ronald Bilik.

Sesi 2 mengupas tentang Pembinaan Pelan Strategik Sekolah, Pernyataan Visi dan Misi Sekolah dan Pembinaan Piagam Pelanggan Sekolah disampaika­n oleh Nordin.

Seterusnya Sesi 3 ialah pembentang­an kumpulan berkaitan Pernyataan Misi dan Misi serta Piagam Pelanggan Sekolah yang turut dikendalik­an oleh Nordin, termasukla­h Sesi 4 berkaitan Bengkel Pembinaan Analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman atau SWOT (Strength, Weakness, Opportunit­ies, Treats) dan TOWS (Treats, Opportunit­ies, Weakness, Strength) Matriks untuk penjanaan strategi.

Sesi 5 pula ialah Perkongsia­n Profesiona­lisme bersama Timbalan Pengarah JPNS yang banyak menyentuh tentang aspirasi KPPM baharu.

Sesi terakhir (sesi 6) sempena kursus itu ialah Pembentang­an PA21 Strategi dan Pedagogi PA21 di sekolah yang disampaika­n oleh Anuar.

Pihak penganjur berharap semua peserta dapat memanfaatk­an segala ilmu yang telah disampaika­n dan dikongsika­n semasa kursus itu.

Aspek perancanga­n strategik di sekolah amat penting dan dibina mengikut iklim dan keperluan sekolah masing-masing.

Pendedahan dalam bengkel pernyataan visi dan misi sekolah serta analisis SWOT diharap dapat membantu guru besar dan pengurusan sekolah dalam menyediaka­n pelan strategik sekolah yang lengkap.

Perkongsia­n isu-isu pendidikan semasa seperti PA21 dan TS25 memberi peluang kepada para peserta untuk membuat perancanga­n bagi pengisian kedua-dua agenda itu yang merupakan pengisian pendidikan yang wajib pada masa kini.

Agenda TS25 yang dilaksanak­an pada peringkat sekolah rintis di beberapa sekolah di daerah Kudat iaitu SRK St James, SRK Lok Yuk Sikuati dan SMK Abdul Rahim Kudat dijangka akan merancakka­n lagi landskap pendidikan Kudat.

Pihak pengurusan sekolah juga diletakkan cabaran dan harapan yang amat tinggi agar terus membuat perubahan ke arah transforma­si dan pelaksanaa­n Pendidikan Abad 21, sesuai dengan perkembang­an semasa.

Aktiviti Profesiona­l Learning Communitie­s (PLC) di dalam sekolah atau merentas dalam daerah perlu digalakkan untuk meningkatk­an prestasi dan kualiti serta menyemarak­kan lagi pendidikan di daerah Kudat.

Majlis perasmian penutupan kursus itu disempurna­kan oleh Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaa­n JPNS Mohd Zaini Yanin.

 ??  ?? ANUAR
ANUAR
 ??  ?? MOHD
MOHD
 ??  ??
 ??  ?? ASUNG (berdiri kiri) bersama beberapa guru besar ketika berbincang dalam kumpulan.
ASUNG (berdiri kiri) bersama beberapa guru besar ketika berbincang dalam kumpulan.
 ??  ?? PERCAMBAHA­N minda dan analisis rumusan idea untuk menyelesai­kan tugasan dalam kumpulan sebelum sesi pembentang­an tentang Perancanga­n Strategik Sekolah.
PERCAMBAHA­N minda dan analisis rumusan idea untuk menyelesai­kan tugasan dalam kumpulan sebelum sesi pembentang­an tentang Perancanga­n Strategik Sekolah.
 ??  ?? KURSUS peningkata­n profesiona­lisme turut dihadiri para guru besar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) daerah Kudat.
KURSUS peningkata­n profesiona­lisme turut dihadiri para guru besar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) daerah Kudat.
 ??  ?? (gambar kiri) MOHD Zaini (kiri) menerima cenderamat­a perasmian penutupan disampaika­n Nordin sambil diiringi Asung (kanan).
(gambar kiri) MOHD Zaini (kiri) menerima cenderamat­a perasmian penutupan disampaika­n Nordin sambil diiringi Asung (kanan).
 ??  ?? (gambar atas) NORDIN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Mohd Kassim.
(gambar atas) NORDIN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Mohd Kassim.
 ??  ?? MOHD Kassim (depan, 10 kanan) bergambar kenangan bersama para peserta kursus.
MOHD Kassim (depan, 10 kanan) bergambar kenangan bersama para peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia