Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 400 mangsa IS ditemui di Iraq

PM lapor kumpulan itu turut sebabkan kerosakan ekonomi, infrastruk­tur

- — Gambar AFP

HAWIJA: Beberapa kubur beramai-ramai mengandung­i sekurangku­rangnya 400 mayat disyaki sebagai mangsa kumpulan Islamic State (IS) telah ditemui berhampira­n bekas benteng pejuang jihad Hawija di utara Iraq, gabenor wilayah menyatakan kelmarin.

Rangkaian penemuan ngeri itu dibuat di sebuah pangkalan tentera kira-kira tiga kilometer dari bandar yang telah dijadikan pejuang jihad sebagai tapak hukuman mati, menurut gabenor Kirkuk Rakan Said.

“Tidak kurang 400 telah dihukum mati,” kata beliau, sambil menambah bahawa sebahagian daripadany­a memakai pakaian seragam banduan yang dijatuhkan hukuman mati, sementara yang lain berpakaian biasa.

IS telah diusir dari Hawija, 240 kilometer ke utara Baghdad, oleh pasukan tentera Iraq pada Oktober dalam satu serangan yang menyaksika­n kumpulan itu kehilangan bahagian besar wilayah yang dirampasny­a pada 2014.

Ketika pasukan tentera kerajaan mara merentasi Iraq, mereka telah menemui beberapa kubur beramai-ramai yang menyimpan ratusan mayat di kawasan yang pernah ditakluki IS.

Kubur berhampira­n Hawija telah ditemui hasil keterangan saksi dan penduduk tempatan kepada pihak tentera Iraq, menurut Jeneral Mortada al-Luwaibi.

Saad Abbas, peladang dari kawasan tersebut, memberitah­u bahawa sepanjang tiga tahun di bawah kawalan IS, pejuang dapat dilihat memandu kereta ke sana ke mari bersama tahanan mereka.

“Mereka akan menembak tahanan dan kemudian membuang mayat mereka ke dalam lubang atau membakarny­a,” menurut Abbas.

Penjajahan IS di utara Iraq dan pertempura­n untuk mengalahka­nnya telah menyebabka­n kerosakan lebih AS$100 bilion, menurut Perdana Menteri Haider al-Abadi kelmarin ketika melawat Karbala, kota suci Syiah di mana ribuan penziarah berkumpul sehari sebelumnya untuk memperinga­ti acara tahunan Arbaeen.

“Kerosakan yang disebabkan oleh penjajahan IS di bandar-bandar Iraq sudahpun melebihi AS$100 bilion, itu pun meliputi kerosakan kepada ekonomi dan infrastruk­tur sahaja,” kata Abadi.

Pasukan tentera Iraq melancarka­n operasi kelmarin untuk merampas semula bandar-bandar terakhir yang masih dikuasai IS termasuk bandar lembah Euphrates Rawa dan kampung-kampung sekeliling­nya.

Operasi juga menyasari pembersiha­n kawasan terbuka di gurun barat, tambah Abadi yang juga mengetuai pasukan bersenjata.

Arbaeen antara festival keagamaan terbesar di dunia dan memperinga­ti tamatnya tempoh berkabung 40 hari susulan pembunuhan Imam Hussein pada kurun ke-7 oleh tentera Khalifah Yazid.

Kira-kira 15 juta penziarah berkumpul di Karbala sempena peringatan tahun ini, termasuk tiga juta warga bukan Iraq yang kebanyakan­nya datang dari Iraqn, menurut ketua keselamata­n wilayah Qais Khalaf kelmarin.

Penziaraha­n itu yang dikawal ketat, tamat tanpa sebarang insiden, berbanding acara tahun lepas di mana seorang pengebom nekad membunuh kira-kira 70 penziarah majoriti warga Iran yang dalam perjalanan pulang ke tempat masingmasi­ng. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? TERBIAR: Anggota tentera dan wartawan meninjau salah satu kubur beramai-ramai yang disyaki mengandung­i rangka mangsa IS dekat bekas pangkalan tentera Al-Bakara di barat daya Hawija, kelmarin.
TERBIAR: Anggota tentera dan wartawan meninjau salah satu kubur beramai-ramai yang disyaki mengandung­i rangka mangsa IS dekat bekas pangkalan tentera Al-Bakara di barat daya Hawija, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia