Utusan Borneo (Sabah)

Habis manis sepah dibuang, veteran tentera protes AS

- — Gambar Reuters

CIUDAD JUAREZ: Sekumpulan warga Mexico, yang berkhidmat bersama tentera Amerika Syarikat (AS) di Vietnam dan Iraq sebelum dihantar pulang ke negara asal, mengadakan protes Hari Veteran kelmarin di bandar raya sempadan Ciudad Juarez.

Tidak jauh dari jambatan antara Juarez dan El Paso, Texas, mereka yang diusir itu berdemonst­rasi dengan bendera unit tentera AS mereka.

“Kami berkhidmat untuk negara yang telah menipu kami,” kata Jose Francisco Lopez Moreno, 64.

Ramai warga Mexico berkhidmat dalam tentera AS untuk mempercepa­tkan status mereka sebagai penduduk tetap, namun sebaliknya para veteran ini diusir ke negara asal kerana melakukan jenayah, walaupun menggadai nyawa dalam peperangan terpencil. “Sungguh tidak adil. “Mereka memisahkan kami daripada keluarga kami, dan kami bersendiri­an di sini tanpa penjagaan kesihatan atau sebarang jenis bantuan,” kata Lopez, yang berkhidmat di Vietnam tetapi dihantar pulang ke Mexico pada 2004.

Veteran di AS menerima pencen dan penjagaan kesihatan. Pegawai tempatan menganggar­kan kira-kira 300 veteran telah diusir ke negara asal.

“Selama saya hidup, jika pun saya mati di sebelah ini, saya akan sentiasa menyayangi bendera AS, ia adalah hidup saya,” kata Ivan Ocon, yang berkhidmat di Iraq pada 2003 tetapi pada tahun lepas dihantar pulang ke negara asalnya.

“Umpama habis manis sepah dibuang apabila mereka membelakan­gkan kami selepas semua itu,” ujarnya.

“Kami fikir kami tidak akan diusir pulang ke negara asal kerana kami adalah sebahagian daripada sesuatu yang begitu hebat, tetapi pada akhirnya, mereka mengusir kita juga,” katanya.

“Kami mahu kembali, itu yang kami pinta daripada Donald Trump.

“Kami telah berjuang untuk negara anda,” katanya.

Trump telah membawa hubungan AS-Mexico ke tahap terendah sejak sekian lama, dan mahu membina tembok sempadan yang beliau pada mulanya sebut akan dibiayai Mexico.

Beliau kemudian menarik balik idea pembiayaan tersebut. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ASKAR veteran Mexico yang pernah berkhidmat dalam pasukan tentera AS di Vietnam dan Iraq memprotes di sempadan antara kedua-dua negara semasa sambutan Hari Veteran di Ciudad Juarez kelmarin.
ASKAR veteran Mexico yang pernah berkhidmat dalam pasukan tentera AS di Vietnam dan Iraq memprotes di sempadan antara kedua-dua negara semasa sambutan Hari Veteran di Ciudad Juarez kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia