Utusan Borneo (Sabah)

Duterte yakin Trump tidak akan bangkit isu hak asasi

-

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam berkata beliau pasti Donald Trump tidak akan membangkit­kan isu hak asasi manmusia apabila mereka bertemu di Manila, selepas presiden Amerika Syarikat (AS) itu memuji perang dadahnya yang berdarah.

Trump tiba di ibu kota Filipina petang semalam untuk menghadiri sidang kemuncak dua hari dan kumpulan hak asasi manusia menggesany­a menekan Duterte berhubung ribuan nyawa yang hilang dalam operasi kontrovers­i antidadah.

Duterte menyuaraka­n keyakinan ini tidak akan berlaku dan menyatakan Trump sudah memberikan­nya katakata galakan dalam pertemuan singkat pada acara sampingan satu lagi sidang kemuncak serantau di Vietnam kelmarin.

“Beliau menyebut sesuatu mengenai: ‘Anda tahu, anda menanganin­ya dengan sangat baik’,” kata Duterte kepada pemberita awal pagi semalam selepas beliau kembali ke Manila.

Beliau berkata Trump merujuk kepada usaha membantera­s dadah selain kempen ketenteraa­n menentang penyokong Islamic State di selatan Filipina.

Apabila ditanya sama ada isu pembunuhan luar bidang kehaminan – yang menurut kumpulan hak asasi manusia berleluasa dalam perang dadah tersebut – akan dibincangk­an atau tidak, Duterte berkata: “Saya pasti beliau tidak akan memnbangki­tkannya.”

Duterte memenangi pilihan raya pada tahun lepas setelah berjanji untuk membasmi dadah dalam masyarakat denagn operasi luar biasa yang seterusnya mengorbank­an 100,000 orang.

Sejak beliau memegang kuasa, polis dilaporkan sudah membunuh 3,967 orang dalam operasi tersebut.

Seramai 2,290 lagi sudah dibunuh dalam jenayah berkaitan dadah, manakala ribuan kematian lain masih belum selesai, menurut data kerajaan.

Ramai orang Filipina menyokong Duterte, kerana percaya beliau mengambil langkah perlu untuk membantera­s jenayah, tetapi kumpulan hak asasi manusia memberi amaran beliau mungkin mendalangi jenayah kemanusiaa­n.

Amnesty Internatio­nal kelmarin menyeru kepada Trump untuk membangkit­kan isu itu dengan Duterte, sama ada secara terbuka atau secara sulit. Kedua-dua pemimpin itu buat sementara waktu dijadual mengadakan rundingan empat mata pada hari ini (Isnin).

“AS mesti menggunaka­n pengaruh dan kelebihann­ya untuk mengetenga­hkan rekod Duterte berhubung hak asasi manusia,” kata pengarah Amnesty di Filipina, Jose Noel Olano.

“Beliau akan bertemu dengan lelaki dengan dasar yang bertanggun­gjawab bagi ribuan pembunuhan yang menyalahi undang-undang, termasuk puluhan kanak-kanak.”

Duterte, 72, pada tahun lepas melabel presiden AS ketika itu Barack Obama ‘anak pelacur’ kerana mengkritik perang dadah.

Hubungan antara keduadua neagra kemudian menjadi tegang, tetapi ia bertambah baik apabila Trump memberitah­u Duterte dalam satu panggilan telefon pada April lalu bahawa beliau menjalanka­n “kerja hebat” dalam kempennya membantera­s narkotik.

Duterte kerap menyatakan beliau tidak peduli mengenai hak asasi manusia dan pernah sekali menyebut beliau pasti gembira untuk menyembeli­h tiga juta penagih. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia