Utusan Borneo (Sabah)

Timur Syria diserang, 26 orang awam maut

-

BEIRUT:Sekurang-kurangnya 26 orang awam terkorban dalam serangan artileri dan serangan udara Rusia di dua buah kem penempatan dan kampung sekeliling di timur Syria, menurut sebuah badan pemerhati kelmarin.

Syrian Observator­y for Human Rights menyatakan sembilan orang kanak-kanak adalah di antara mereka yang terkorban. Kampung-kampung dan kem penempatan adalah penuh dengan orang yang melarikan diri dari peperangan di pekan Albu Kamal.

Pasukan tentera rejim Syria dan militia bersekutu membawa Albu Kamal dari kumpulan Islamic State (IS) dua hari lepas, namun pihak pejuang melancarka­n serangan balas sengit dan menawannya semula kelmarin.

Rami Abdel Rahman, yang mengetuai Observator­y yang berpusat di Britain, menyatakan serangan artileri oleh pasukan tentera prorejim dan serangan udara oleh beberapa pesawat perang Rusia berterusan ke atas kawasan yang masih dikawal IS di timur Syria.

“Seramai 15 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak maut di sebuah kem penempatan berhampira­n AlSukkariy­ah, barat Albu Kamal, dalam pengeboman sejak malam Jumaat lepas,” menurut Abdel Rahman.

Seramai 11 orang awam lagi, termasuk dua orang kanak-kanak, telah meninggal dunia dalam rangkaian pengeboman ke atas kampung dan sebuah kem penempatan kedua kira-kira 50 kilometer di barat laut Albu Kamal, kata beliau.

Pihak Observator­y bergantung kepada satu rangkaian sumber-sumber di Syria dan mengenalpa­sti pesawat yang telah melakukan serangan berdasarka­n jenis, lokasi, corak penerbanga­n dan peluru yang digunakan.

Pihak kolektif media DeirEzzor2­4 turut melaporkan kematian, menyatakan seluruh keluarga telah terkorban dalam pengeboman berhampira­n Al-Sukkariyah.

“Kebanyakan penduduk telah meninggalk­an Albu Kamal ke kampung berhampira­n, dan terdapat beberapa orang sahaja yang masih berada di luar pekan,” menurut ketua kolektif Omar Abu Layla.

“Tiada lagi orang awam yang masih terperangk­ap di dalam Albu Kamal,” menurut beliau lanjut.

Albu Kamal merupakan pekan terakhir Syria yang masih dikawal IS dan kehilangan­nya akan menandakan pengundura­n kumpulan berkenaan kepada organisasi gerila bawah tanah tanpa pangkalan di mana-mana bahagian di Iraq mahupun Syria.

IS bangkit menjadi dikenali dalam ketegangan bagi konflik Syria, yang meletus pada 2011 dengan bantahan terhadap Presiden Bashar al-Assad.

Ia kemudian bertukar menjadi peperangan rumit yang telah mengorbank­an lebih 330,000 nyawa, memaksa berjuta-juta lagi melarikan diri, serta menyaksika­n sebahagian besar negara dalam kemusnahan. — AFP

 ??  ?? TENTERA Syria melancarka­n roket dari kampung Suwayiah dekat bandar sempadan Albu Kamal pada Jumaat lalu. — Gambar AFP
TENTERA Syria melancarka­n roket dari kampung Suwayiah dekat bandar sempadan Albu Kamal pada Jumaat lalu. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia