Utusan Borneo (Sabah)

Sepanyol selamatkan lebih 250 pendatang

-

BARCELONA: Pihak berkuasa Sepanyol kelmarin menyatakan mereka telah menyelamat­kan lebih 250 pendatang, termasuk kanakkanak, yang cuba menyeberan­gi Laut Mediter-ranean untuk ke Eropah.

“Kami telah menyelamat­kan 251 orang dari lima kapal usang semuanya di Laut Alboran,” pihak berkuasa keselamata­n maritim di Sepanyol menyatakan dalam Twitter, merujuk kepada bahagian paling barat di Laut Mediterran­ean.

Jumlah pendatang yang tiba melalui laut di pantai Sepanyol telah meningkat berbanding tahun lepas, dengan jumlah bertambah hampir tiga kali ganda kepada 15,585 pada 2017 sehingga 8 November, menurut Pertubuhan Antarabang­sa bagi Migrasi (IOM).

Ramai rakyat Afrika yang menggunaka­n laluan panjang ke Eropah telah memilih untuk mengelakka­n merentasi Libya yang dicengkam pergolakan untuk pergi ke Itali di sepanjang laluan tengah Mediterran­ean, sebaliknya memilih untuk melalui Maghribi dan Sepanyol.

Bagaimanap­un, Sepanyol masih lagi jauh di belakang Itali, yang telah merekodkan kira-kira 114,400 ketibaan melalui laut sejak awal tahun.

Sejak Januari hampir 15,600 pendatang telah sampai ke Sepanyol melalui jalan laut, dengan 156 mati lemas dalam perjalanan yang gagal, menurut kepada IOM.

Pihak agensi meng-anggarkan bahawa kira-kira 155,850 pendatang telah menempuh pelayaran penuh berbahaya ke Eropah pada tahun ini dengan 2,961 kematian atau kehilangan dilaporkan sepanjang tempoh tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia