Utusan Borneo (Sabah)

Bank disaran kaji semula konsep perbankan untuk semua

-

DUNGUN: Bank-bank di negara ini disaran mengkaji semula dasar dan pelaksanaa­n konsep ‘perbankan untuk semua’ tanpa memikirkan aspek keuntungan sematamata.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu perlu dilihat kembali kerana terdapat kecenderun­gan sekarang ini di mana banyak bank telah menutup cawangan termasuk menghentik­an perkhidmat­an yang kecil seperti mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) dan ejen mereka di kampung-kampung.

“Saya kira prinsip inklusif kewangan iaitu hak penduduk kawasan pedalaman untuk mendapatka­n perkhidmat­an institusi kewangan di luar bandar terutama di kawasan yang penduduk lebih 10,000 orang.

“Jadi perkara ini perlu kita lihat semula kerana mereka yang tertinggal dalam mendapatka­n perkhidmat­an bank akan banyak tertinggal dalam segala segi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Agrobank bersama penduduk di Bandar Ketengah Jaya yang turut dihadiri oleh Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata walaupun zaman sudah beralih kepada alam perbankan digital, namun masih ada kawasan-kawasan yang tidak mempunyai kemudahan Internet yang baik.

“Jadi saya mahukan bank-bank ini melihat kembali peranan mereka dalam memastikan setiap masyarakat di negara kita dapat menikmati konsep perbankan untuk semua.

“Saya tahu isu yang besar adalah untung rugi tetapi aspek-aspek yang berkaitan dengan perkhidmat­an perlu dilihat juga bagi memastikan konsep perbankan untuk semua ini dapat dilaksanak­an,” katanya.

Agrobank hari ini telah meluaskan lagi perkhidmat­annya dengan melancarka­n mesin ATM di Bandar Ketengah Jaya dalam memperkasa­kan komuniti pertanian sekali gus meningkatk­an akses kewangan kepada penduduk di kawasan luar bandar yang kurang mendapat liputan.

Ia menjadi satu-satunya mesin ATM yang beroperasi di Bandar Ketengah Jaya ketika ini selepas penutupan beberapa mesin milik bank lain kira-kira 10 tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, penduduk di Bandar Ketengah Jaya termasuk gugusan FELDA Kerteh terpaksa pergi ke Paka sejauh 18 kilometer untuk menggunaka­n kemudahan ATM.

Terdahulu, Mohamad Zabidi berkata dengan kepadatan penduduk seramai lebih 38,000 orang dengan kebanyakan­nya menjalanka­n aktiviti pertanian kelapa sawit, mesin ATM itu diharap dapat meningkatk­an akses perbankan dengan lebih mudah dan selamat.

“Pembukaan ATM di Bandar Ketengah Jaya itu adalah mesin ATM Agrobank yang ke 351 dan dijangka akan terus menyumbang kepada peningkata­n pertumbuha­n aktiviti perniagaan Agrobank di kawasan berkenaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia