Utusan Borneo (Sabah)

Dagangan Bursa Malaysia dijangkaka­n rendah

Indeks utama dijangka bergerak dalam jajaran kecil, dana tempatan tumpu beli saham mewah terpilih

-

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dijangkaka­n rendah minggu ini berikutan kurangnya petunjuk untuk mendorong minat dalam pasaran, kata seorang penganalis­is.

Presiden Persatuan Penganalis­is Teknikal Malaysia Nik Ihsan Raja Abdullah berkata indeks utama dijangka bergerak dalam jajaran kecil, dengan dana tempatan memberi tumpuan ke atas belian saham mewah terpilih.

“Indeks Komposit dijangka bergerak antara 1,740 dan 1,750 mata minggu depan (minggu ini),” katanya kepada Bernama.

Seorang peniaga lain berkata dagangan di bursa tempatan dan serantau dijangkaka­n terus berada dalam kedudukan berhati-hati minggu ini, menjejaki ketidakpas­tian di Wall Street yang terjejas akibat penangguha­n agenda pembaharua­n cukai AS.

Namun, beliau berkata kerugian di pasaran tempatan boleh dihadkan oleh belian berterusan dana harga minyak global yang mengukuh.

“Harga minyak meningkat mendadak sejak minggu lepas disebabkan pemangkin geopolitik terkini dengan keyakinan yang semakin meningkat terhadap keputusan Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum mengekalka­n penurunan pengeluara­n selain permintaan minyak yang kukuh,” katanya.

Pada asas mingguan, penanda aras FBM KLCI naik 1.35 mata kepada 1,742.28 berbanding 1,740.93 Jumaat lepas.

Indeks FBM Emas meningkat 18.33 mata kepada 12,581.49, Indeks FBMT 100 menambah 21.21 mata kepada 12,218.69, Indeks FBM Emas Shariah naik 182.44 mata kepada 13,209.72 dan FBM 70 meningkat 70.41 mata kepada 15,548.87.

FBM Ace susut 28.55 mata kepada 6,828.72.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 53.72 mata kepada 16,229.72, Indeks Perladanga­n menambah 25.06 mata kepada 8,016.01 dan Indeks Perusahaan meningkat 24.14 mata kepada 3,201.75.

Jumlah dagangan meningkat kepada 14.82 bilion unit bernilai RM11.36 bilion berbanding 14.80 bilion unit bernilai RM11.30 bilion Jumaat sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 9.34 bilion saham bernilai RM10.50 bilion, berbanding 9.99 bilion sahamberni­lai RM10.50 bilion sebelum ini. -Bernama

“Indeks Komposit dijangka bergerak antara 1,740 dan 1,750 mata minggu depan (minggu ini). Presiden NIK IHSAN Persatuan RAJA ABDULLAH Penganalis­is Teknikal Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia