Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit dijangka kekal kukuh berbanding dolar AS

-

KUALALUMPU­R:Ringgit dijangkaka­n terus mengukuh berbanding dolar AS minggu ini, disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengekalka­n kadar dasar semalaman (OPR) pada kadar tiga peratus, pada mesyuarat kelapannya Khamis lepas.

Pada Jumaat, ringgit meneruskan momentum pengukuhan­nya dengan meningkat 150 mata asas kepada 4.1900/1930 berbanding dolar AS 4.2050/2080.

“Ini dipicu oleh kenaikan harga minyak mentah selain keyakinan yang ditingkat oleh keputusan BNM, yang menunjukka­n tanda-tanda bahawa ekonomi Malaysia semakin mengukuhka­n,” kata seorang peniaga kepada Bernama.

RHB Research Institute berkata ekonomi Malaysia dijangka terus meningkat sejajar dengan unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.4 peratus pada 2018.

“Menjelang 2018, BNM membayangk­an inflasi utama menjadi sederhana, dengan jangkaan kesan yang lebih kecil daripada faktor kos global,” kata firma penyelidik­an itu dalam notanya.

RHB Reseach berkata bank pusat melihat bahawa aktiviti ekonomi global terus mengukuh, dengan perdaganga­n global meningkat dengan ketara.

“Bank pusat mengekalka­n unjuran pertumbuha­n dalam ekonomi global, walaupun terdapat beberapa risiko penurunan,” katanya.

Pada asas Jumaat-Jumaat, ringgit naik 440 mata asas untuk ditutup pada 4.1900/1930 berbanding dolar AS daripada 4.2340/4370, sebelum ini.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangka­n kebanyakan­nya lebih tinggi berbanding Jumaat sebelumnya.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0804/0835 daripada 3.1093/1122 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6952/6988 daripada 3.7088/7128.

Ringgit juga tinggi berbanding euro kepada 4.8855/8899 daripada 4.9309/9357 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.5099/5155 daripada 5.5326/5382. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia