Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan menyaksika­n dagangan yang berhati-hati

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menyaksika­n dagangan yang lebih berhatihat­i pada minggu ini selepas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan stok yang lebih tinggi serta data eksport yang lebih rendah yang dikeluarka­n oleh juruukur kargo.

Juruukur kargo Intertek Testing Services, berkata eksport produk minyak sawit Malaysia bagi 1 hingga 10 Nov susut sebanyak 2.5 peratus kepada 436,988 tan daripada 448,349 tan dalam tempoh yang sama pada bulan Oktober.

Di sisi lain, perangkaan daripada MOPB menunjukka­n eksport minyak sawit Malaysia untuk Oktober meningkat sebanyak 8.39 peratus kepada 2.19 juta tan daripada 2.02 juta tan pada September.

Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group of Companies , Jim Teh berkata bagaimanap­un, harga MSM akan menarik pembeli fizikal, mewujudkan permintaan terhadap komoditi itu dan membantu mengurangk­an tahap inventori.

“Saya jangkakan harga niaga hadapan MSM akan berlegar-legar antara RM2,500 dan RM2,600 setan pada minggu hadapan,” katanya kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat, November 2017 menurun sebanyak RM44 kepada RM2,740 setan, Disember 2017 susut RM10 kepada RM2,779 setan, September 2018 berkuranga­n sebanyak RM9 kepada RM2,797 setan dan Februari 2018 merosot RM10 kepada RM2,811 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 213,990 lot daripada 147,719 lot pada Jumaat lepas dan kepentinga­n terbuka mendapat 298,895 kontrak daripada 266,281 kontrak, sebelum ini.

Di pasaran fizikal, November Selatan adalah sebanyak RM2,780 setan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia