Utusan Borneo (Sabah)

Ezani Masterchef Malaysia dilantik Duta Scotch-Brite untuk tahun kedua

-

JUARA Masterchef Malaysia musim pertama, Dr. Ezani Farhana Md. Monoto atau mesra disapa sebagai Dr. Ezani, 32, baru-baru ini telah menyambung kontrak untuk tahun kedua bergelar duta produk pencuci jenama terkenal, Scotch-Brite.

Anak kelahiran Muar, Johor itu melahirkan segudang kegembiraa­n dengan pelantikan tersebut kerana tanggungja­wab sebagai cef yang aktif memerlukan Ezani sentiasa menggunaka­n produk sabut penyental berkualiti bertujuan membersih pinggan, mangkuk, perkakas masakan dan sebagainya.

Menurut Ezani yang merupakan salah seorang bakat di bawah pengurusan SukaSucre Creatives, dia mempercaya­i magis produk Scotch-Brite kerana ia menjadikan gerak kerja dalam kehidupan moden ini bertukar lebih efektif, cekap dan berinovasi sama ada di rumah ataupun di dapur.

“Menariknya, produk pencuci Scotch-Brite dihasilkan dengan menekankan aspek sains dan inovasi demi memberi kepuasan buat pengguna. Lantaran itu, saya berasa teruja apabila diberikan peluang memasuki tahun kedua bagi bergelar duta kepada sebuah jenama dikenali dan dipercayai oleh rakyat Malaysia,” kata Ezani yang juga merupakan seorang doktor gigi ketika ditemui pada majlis menandatan­gani perjanjian penyambung­an kontrak .

Pada majlis sama, anak bongsu daripada dua beradik itu turut menjalanka­n demonstras­i masakan selain berkongsi tip membersih dengan menggunaka­n produk Scotch-Brite bersama tetamu termasuk para media.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia