Utusan Borneo (Sabah)

Melayu perlu bijak urus tanah: Abg Johari

Selesai pertikaian, pertindiha­n tanah menerusi aktiviti penyukatan elak ketinggala­n

-

LIMBANG: Masyarakat Melayu perlu bijak mengurus tanah melalui aktiviti penyukatan supaya tidak tersisih menikmati pembanguna­n, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Jelasnya, masalah pertikaian dan pertindiha­n tanah dihadapi sekian lama perlu diselesai bagi memastikan mereka dapat dibangun dengan program pembanguna­n.

Katanya, masyarakat Melayu juga perlu mempunyai kesedaran tinggi mengurus tanah dengan baik supaya tidak berlaku pertindiha­n.

“Kita perlu mencari jalan menyelesai masalah ini melalui aktiviti penyukatan tanah,” katanya pada majlis Pelancaran Kemuncak Perayaan Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Persatuan Melayu Limbang (PML) di Pusat Pembanguna­n Komuniti Melayu Limbang, pada Sabtu.

Turut sama ialah isteri Abang Johari Datin Patinggi Jumaa’ni Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk AmarAwang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Datu Maria Hasman dan Pengerusi PML Mohamad Abu Bakar.

Abang Johari berkata, hanya dengan semangat perpaduan dan kesatuan penyukatan tanah dapat dilaku dan hak milik tanah diberi kepada pemilik mengikut undang-undang Kanun Tanah Negeri.

Abang Johari berkata lagi kerajaan sedang memikir menubuhkan satu badan PML berperanan dalam penyukatan tanah perkampung­an Melayu.

“Kerajaan negeri akan berunding kerajaan pusat untuk mendapatka­n peruntukan untuk proses menyukat tanah.

“Penyelesai­an isu tanah memastikan rancangan kerajaan menbangunk­an kawasan perkampung­an Melayu hingga seberang Sungai Limbang sebagai bandar satelit berjalan

“Penyelesai­an isu tanah memastikan rancangan kerajaan menbangunk­an kawasan perkampung­an Melayu hingga seberang Sungai Limbang sebagai bandar satelit berjalan lancar seperti dibangunka­n di Kampung Jepak, Seberang Sungai Kemena di Bintulu, ”

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG

Ketua Menteri lancar seperti dibangunka­n di Kampung Jepak, Seberang Sungai Kemena di Bintulu,” katanya lagi.

Pada masa sama beliau mahu anak Melayu terus melengkap diri dengan perkembang­an ilmu terkini sejajar tuntutan agama.

“Mempunyai ilmu terkini amat ditekankan agar tidak menjadi bangsa yang berilmu dan berpengeta­huan.

“Walaupun kecil tetapi kalau ada ilmu terkini, maka kita akan dihormati orang lain dan mampu memberi sumbangan kepada orang lain,” katanya sambil menambah, Sarawak juga sedang menerokai ilmu terkini melonjak negeri ini dalam digital ekonomi bagi membangunk­an Sarawak.

Terdahulu Mohamad berkata rakyat khususnya kaum Melayu di Limbang mahubahagi­anLimbangd­ijadikanse­bagai Koridor Pembanguna­n 3P (perternaka­n, pertanian dan pelanconga­n).

Katanya lagi kebanyakka­n masyarakat Melayu tinggal di luar bandar dan bersandar kepada hasil pertanian yang masih dilakukan secara tradisiona­l.

“Kita berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu lebih drastik ke arah memodenkan sektor pertanian di bahagian ini,” tambahnya.

Mengulas mengenai kepimpinan Abang Johari, beliau banyak membawa perubahan dan pembaharua­n untuk rakyat Sarawak termasuk di Limbang.

“Agenda tranformas­i pembanguna­n yang diilhamkan Abang Johari bersifat futuristik, idealistik, dinamik, progresif dan inklusif,” katanya lagi.

 ??  ?? ABANG JOHARI (lima kiri) dan Jumaa’ni bersama Paulus (kiri), Henry, Mohamad, Awang Tengah Dr Rahman (tiga kanan) dan Hasbi (kanan) memotong pulut kuning bersama meraikan 70 tahun penubuhan PML.
ABANG JOHARI (lima kiri) dan Jumaa’ni bersama Paulus (kiri), Henry, Mohamad, Awang Tengah Dr Rahman (tiga kanan) dan Hasbi (kanan) memotong pulut kuning bersama meraikan 70 tahun penubuhan PML.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia