Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedia prasarana sukan, riadah untuk manfaat masyarakat

-

SARIKEI: Agensi-agensi kerajaan sentiasa berikhtiar menyediaka­n prasarana sukan sama ada di peringkat bahagian mahupun daerah untuk manfaat masyarakat.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata melalui penyediaan kemudahan itu diharap masyarakat mampu memanfaatk­annya.

Katanya, kerajaan berharap masyarakat mengoptimu­mkan penggunaan prasarana sukan dan menjadi tanggungja­wab bersama menjaga kebersihan dan tidak menyerahka­nnya kepada pihak berkuasa semata-mata.

“Penyediaan kemudahan itu bertujuan menggalakk­an aktiviti sukan dan beriadah agar tahap kesihatan dan kecergasan fizikal masyarakat sentiasa terjaga.

“Sukan rakyat juga boleh dijadikan medium yang menyumbang kepada perpaduan selain ikatan muhibah, toleransi dan kesefahama­n.

“Selain itu, diharapkan karnival itu dijadikan asas penting dalam usaha mengintegr­asikan pelbagai kaum kepada satu bangsa yang bersatu padu dan harmoni,” katanya pada perasmian Program Karnival Rakyat di Kompleks Sukan Intergrasi, Kampung Seberang Sarikei pada Jumaat.

Len Talif berkata, program itu landasan terbaik untuk kakitangan kerajaan, ahli persatuan dan penduduk menilai bakat dan kemampuan masing-masing dalam melakukan aktiviti.

“Diharappro­gramsepert­iini dapat membentuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat,” katanya.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Kaunselor Awangku Ibrahim Awangku Hosain.

 ??  ?? LEN Talif menyempurn­akan perasmian Program Karnival Rakyat di Kompleks Sukan Intergrasi, Kampung Seberang Sarikei.
LEN Talif menyempurn­akan perasmian Program Karnival Rakyat di Kompleks Sukan Intergrasi, Kampung Seberang Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia