Utusan Borneo (Sabah)

Graduan perlu sedia hadapi saingan dunia luar

Ilmu pengetahua­n atau pengalaman di kolej boleh dijadikan bekalan kemudi kehidupan masa depan

-

KUCHING: Graduan Kolej Institut Teknologi Maklumat Nusantara (NIIT) diingat agar sentiasa bersedia menghadapi persaingan dunia luar yang cabaran agak berbeza berbanding kehidupan kampus.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, ilmu pengetahua­n atau pengalaman di kolej boleh dijadikan bekalan mengemudi kehidupan pada masa akan datang.

“Justeru, segala cabaran sama ada sukar mahupun sebaliknya perlu ditangani dengan bijaksana bagi menggambar nilai intelektua­l dan kematangan apabila keluar dari menara gading.

“Selain membantu melahirkan tenaga manusia berkualiti, institut pengajian tinggi seperti kolej ini turut berperanan membentuk pelajar mempunyai kesedaran dan rasa tanggungja­wab membina masyarakat stabil, aman, damai dan bersatu padu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Graduasi NIIT Ke-16 Tahun 2017 di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Manyin menggesa graduan NIIT bijak menggunaka­n peluang ilmu dan kemahiran diperoleh daripada institusi itu bagi menempatka­n diri dalam dunia pekerjaan.

“Anda (graduan NIIT) harus sentiasa fokus, optimistik dan menpunyai tekad tinggi melakukan terbaik supaya berjaya kemudian hari,” katanya.

“Justeru, segala cabaran sama ada sukar mahupun sebaliknya perlu ditangani dengan bijaksana bagi menggambar nilai intelektua­l dan kematangan apabila keluar dari menara gading. ” DATO SRI MICHAEL MANYIN JAWONG Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ?? MANYIN menyampaik­an sijil diploma kepada salah seorang graduan NIIT pada majlis Graduasi kolej itu kali ke-16 di IIC, Kuching.
MANYIN menyampaik­an sijil diploma kepada salah seorang graduan NIIT pada majlis Graduasi kolej itu kali ke-16 di IIC, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia