Utusan Borneo (Sabah)

MRSM Sandakan, Kota Kinabalu muncul naib johan Kejohanan Ragbi Milo MSSS

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Kejohanan Ragbi Milo Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Bawah 11 (U11) dan Bawah 15 (U15) Tahun telah berlangsun­g di Padang Ragbi Sukma Likas Kota Kinabalu pada Sabtu.

Kejohanan kali ini menyaksika­n Maktab Sabah berjaya muncul johan dalam kategori Cup selepas menewaskan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sandakan 7-10 pada perlawanan akhir.

Try yang dilakukan pada minit-minit terakhir oleh pemain dari Maktab Sabah memusnahka­n impian MRSM Sandakan untuk bergelar juara dan terpaksa akur meraih naib johan.

Sementara itu, MRSM Kota Kinabalu hanya mendapat naib johan dalam kategori Plate selepas tewas dengan perbezaan satu try dengan pasukan SM La Salle, Kota Kinabalu.

Kesilapan barisan pertahanan MRSM Kota Kinabalu pada minit-minit terakhir perlawanan membolehka­n pemain SM La Salle melakukan Try seterusnya menamatkan persaingan dengan skor 1217.

Untuk kategori Bawah 11 Tahun (U11) pula, Sekolah Kebangsaan (SK) Kepayan Kota Kinabalu berjaya menjadi juara selepas menewaskan SK Sembulan dengan Skor 5-0.

Jurulatih MRSM Kota Kinabalu, Masdi Abd Majid berkata, penyertaan MRSM Kota Kinabalu pada kejohanan kali ini adalah memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain sebagai persediaan menghadapi kejohanan Inter-MRSM tahun depan (2018).

“Tahun ini, sebagai permulaan kita membangunk­an semula sukan ragbi di MRSM Kota Kinabalu supaya menjadi pasukan yang digeruni pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini, MRSM Kota Kinabalu telah menyertai Labuan 10’S Rugby carnival 2017 dan Erc Junior 7’s 2017.

Dalam kejohanan itu, MRSM Kota Kinabalu masing-masing mendapat tempat johan Bowl.

Menurutnya, pujian harus diberikan kepada pasukan Maktab Sabah kerana mampu menyerap tekanan seterusnya berjaya menjadi juara pada kejohanan itu.

Pengerusi Teknik dan Pembanguna­n Sukan (PTPS) Ragbi MSS Sabah Jamain Pahing berkata, kejohanan kali ini juga merupakan landasan pemilihan pemain untuk mewakili Sabah ke Kejohanan Milo U15 Kebangsaan 2017 yang akan diadakan di Ipoh Perak pada 23-26 November ini.

Kejohanan ragbi itu merupakan anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama syarikat pengeluar minuman Milo.

Selepas kejohanan bera-

ragbi MRSM Kota Kinabalu muncul naib johan kategori Plate selepas tewas tipis kepada pasukan SM La Salle, Kota Kinabalu.

khir, para pemain melakukan khidmat masyarakat iaitu bersama-sama mengutip dan membersihk­an sampah sarap di kawasan pertanding­an dalam usaha menerapkan semangat kerjasama, perpaduan dan mencintai kebersihan persekitar­an.

 ??  ?? PASUKAN
PASUKAN
 ??  ?? MRSM Sandakan muncul naib johan kategori Cup selepas tewas kepada pasukan Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
MRSM Sandakan muncul naib johan kategori Cup selepas tewas kepada pasukan Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
 ??  ?? PENGURUS pasukan MRSM Kota Kinabalu dan MRSM Sandakan bersama Jamain.
PENGURUS pasukan MRSM Kota Kinabalu dan MRSM Sandakan bersama Jamain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia