Utusan Borneo (Sabah)

Maghribi, Tunisia layak dengan cara berbeza

Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Afrika

-

JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan: Dua negara di utara benua Afrika, Maghribi dan Tunisia, mengesahka­n kelayakan ke Piala Dunia 2018 di Rusia dengan cara yang berbeza Sabtu lepas.

Maghribi menjaringk­an dua gol dalam tempoh lima minit menerusi rembatan Nabil Dirar dan Medhi Benatia pada separuh masa pertama untuk menewaskan Ivory Coast 2-0 dan memenangi Kumpulan C kempen kelayakan Zon Afrika.

Maghribi kembali ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998 dan menamatkan kempen kelayakan dengan 12 mata selain tidak bolos sepanjang enam perlawanan kumpulan.

Ivory Coast, yang tidak kelihatan mampu untuk bangkit dari ketinggala­n di separuh masa pertama, menduduki tempat kedua dengan lapan mata, diikuti Gabon (enam) dan Mali (empat).

Jurulatih Maghribi, Herve Renard mendedahka­n selepas perlawanan di mana Raja Maghribi, Mohammed VI, ada menghubung­i untuk mengucapka­n tahniah kepada pasukan.

“Saya berterima kasih kepada Tuanku kerana menghubung­i saya. Ia satu penghormat­an besar,” kata jurulatih dari Perancis itu.

“Beliau mahu bercakap kepada kami untuk memberikan penghargaa­n kepada semua orang. Malam ini kami bangga dengan jersi Maghribi, dengan bendera Maghribi yang kembali ke Piala Dunia. Ini adalah kelayakan kelima, jadi Maghribi bukan negara kecil dalam bola sepak.”

Tunisia gagal menembusi pintu gol Libya pada perlawanan di Rades, pinggir ibu kota Tunis dan terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan yang sudah memadai untuk mengesahka­n kelayakan ke Rusia.

Dengan pasukan di tangga kedua, Republik Demokratik Kongo (DRC) menjaringk­an dua gol pada minit akhir untuk menewaskan Guinea 3-1 di Kinshasa, satu mata memisahkan dua pasukan teratas.

Tunisia, yang tidak tewas sepanjang kempen kelayakan, mengumpul 14 mata untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006.

Senegal mengesahka­n tempat ke Rusia pada hari Jumaat selepas menewaskan Afrika Selatan 2-0 dan dua lagi pasukan yang layak dari Zon Afrika, Nigeria dan Mesir, mengesahka­n tempat bulan lepas.

Ivory Coast mempunyai peluang pertama pada perlawanan di Stade Felix Houphouet-Boigny tetapi rembatan Gervinho melambung tinggi walaupun hanya perlu menewaskan penjaga gol dalam kotak penalti.

Ia ternyata kegagalan yang membawa padah buat pasukan tuan rumah, yang perlu menang selepas memulakan perlawanan dengan ketinggala­n satu mata di belakang pasukan lawan yang dibimbing bekas jurulatih mereka, Renard.

Kekecewaan pertama hadir apabila satu hantaran lintang mengeliruk­an dari Dirar melepasi pertahanan Ivory Coast dan seorang penyerang Maghribi dan penjaga gol Ivory, Sylvain Gbohouo gagal menangkap kemas bola dan masuk ke pintu golnya.

Tersentak dengan gol itu, Ivory hilang punca dan empat minit kemudian, Benatia menambah jaringan dari satu tendangan sudut.

Jurulatih Ivory Coast, Marc Wilmots, cuba mengembali­kan semangat pasukannya dengan memasukkan Ghislain Konan pada masa rehat dan kemudian Maxwel Cornet dan penyerang veteran, Salomon Kalou pada separuh masa kedua.

Tetapi Maghribi berjaya bertahan dengan baik sehingga ke wisel penamat untuk mengesahka­n kemaraan ke Rusia. -AFP

“Malam ini kami bangga dengan jersi Maghribi, dengan bendera Maghribi yang kembali ke Piala Dunia. Ini adalah kelayakan kelima, jadi Maghribi bukan negara kecil sepak.” dalam bola HERVE RENARD Jurulatih Maghribi

 ??  ?? PARA pemain Tunisia memegang bendera kebangsaaa­n meraikan kejayaan mereka layak ke Piala Dunia 2018. -Gambar AFP
PARA pemain Tunisia memegang bendera kebangsaaa­n meraikan kejayaan mereka layak ke Piala Dunia 2018. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia