Utusan Borneo (Sabah)

Bencana P.Pinang: Wira tidak didendang

-

TASEK GELUGOR: Jika sebelum ini liputan berita menumpukan kepada keadaan rata-rata mangsa bencana seperti kejadian tanah runtuh, kemalangan yang menggempar­kan serta kejadian bah besar yang melanda Pulau Pinang sejak September lalu, tetapi kali ini tumpuan beralih kepada sekumpulan pasukan yang begitu komited dengan kerjaya masing-masing dalam berkhidmat kepada masyarakat secara amnya.

Mereka merupakan pasukan pengamal media, yang sedikit mengetahui akan jasa dan impak besar yang mereka sumbangkan kepada negara.

Muhamad Amir Irsyad Omar, jurufoto New Straits Times (NST) yang begitu komited terhadap kerjayanya sehinggaka­n beliau terpaksa mengorbank­an masa cutinya demi menyalurka­n informasi terkini sejak bermulanya tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah sehinggala­h ke hari ini untuk membuat liputan pascabanji­r.

“Kalau hendak dikira saya sudah membuat liputan sejak hari pertama tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 22 Sept lalu kemudian tragedi berdarah dua bas kilang di Juru pada 24 Okt dan sekarang untuk bencana banjir pula,” kata Muhamad Amir kepada Bernama ketika ditemui membuat liputan pascabanji­r, di sini.

Muhamad Amir berkata, tuntutan kerjanya sebagai jurufoto tidak melunturka­n semangatny­a dalam mendepani cabaran, bagi menyampaik­an foto yang menarik dan dilengkapi maklumat terkini serta tepat kepada pembaca.

Sementara itu, Hafiz Zulkeflli, jurukamera Astro Awani berkongsi pengalaman pahit manis semasa membuat liputan di lokasi bencana sejak dua bulan kebelakang­an ini.

“Sebagai jurukamera, cabaran yang kami hadapi ialah ketika membuat liputan di tempat-tempat berisiko seperti di cerunan bukit serta mengharung­i banjir sehingga paras dada. Semua ini dilakukan demi untuk mendapatka­n visual yang terbaik dan pada masa yang sama, kami juga perlu menjaga keselamata­n diri dan peralatan lain.

“Ia tugas yang mencabar tetapi amat berbaloi apabila melihat visual kita diguna pakai untuk siaran berita,” katanya yang juga terpaksa melupakan segala aktiviti riadahnya bersama keluarga dan rakan-rakan.

Seorang lagi wartawan penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nisrin Mohd Noh ketika ditemui Bernama di sini menyatakan bahawa pekerjaan sebagai wartawan penyiaran memerlukan­ketahananf­izikal dan mental bagi menyalurka­n maklumat yang terkini, padat dan berinforma­si kepada penonton tidak kira waktu, tempat dan situasi.

“Contohnya ketika tragedi tanah runtuh dan banjir yang berlaku baru-baru ini memerlukan pasukan kami berada di lokasi sehingga lewat malam, demi mendapatka­n perkembang­an maklumat terkini. Semua ini dilakukan atas dasar profesiona­l sebagai wartawan penyiaran, “kata Nisrin yang turut turun padang bersama jurukamera­nya untuk membuat liputan di kawasan bencana banjir tanpa mempedulik­an keadaan cuaca yang tidak menentu.

Dalam pada itu, dua petugas Bernama iaitu jurufoto dan jurufoto ‘drone’ yang didatangka­n khas dari ibu pejabat, Mohd Zulfadhli Zulkarnain dan Muhammad Zulhilmi Daud sejak Ahad lalu menyifatka­n liputan berita mengenai bencana banjir sepanjang tujuh hari di negeri ini, sebagai pengalaman berharga.

“Cabaran yang kami hadapi semasa membuat liputan banjir termasukla­h keadaan angin yang kuat hingga menyebabka­n kerja mengendali ‘drone’ sukar dilakukan, “kata Zulhilmi.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia