Utusan Borneo (Sabah)

KDN kecewa dengan sikap Dr Zamihan

-

JOHOR BAHRU: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) kecewa dengan sikap pendakwah kontrovers­i, Dr Zamihan Mat Zin Al-Ghari yang dilihat terus-terusan memperleke­hkan amaran dan nasihat yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarka­nnya.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kenyataan yang dikeluarka­n oleh Zamihan yang dilihat menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, berkaitan pembinaan bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabang­sa Raja Salman (KSCIP) tidak wajar diutarakan oleh seorang yang dikatakan sebagai ‘aset’ penting kerajaan.

“Kita kecewa kerana sebelum ini dia (Zamihan) telah mencabar institusi diraja, keagamaan dan barubaru ini Perdana Menteri pula jadi sasarannya. Kita memang tidak mempertika­ikan kewibawaan beliau dalam menjalanka­n tugas di KDN tetapi sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau tidak boleh bertindak secara peribadi.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pengiktira­fan kepada kebolehan beliau, saya tetap mahu dia tutup mulut, berfikir dahulu sebelum mengeluark­an kenyataan dan kalau memang dia tidak boleh menerima dasar kerajaan, dia boleh keluar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas video Zamihan berdurasi 2 minit 27 saat yang viral barubaru ini yang mengeluark­an kenyataan menyifatka­n tindakan Perdana Menteri membenarka­n pembinaan KSCIP sebagai satu tindakan yang ‘kurang cerdik’.

Menurut Nur Jazlan, sebagai pegawai KDN, Zamihan juga perlu berhatihat­i dengan kenyataan yang dikeluarka­nnya terutamany­a dalam hal-hal berkaitan keganasan dan tidak menolak kemungkina­n mempertimb­angkan semula peranan Zamihan di KDN.

“Setiap perkataan yang beliau keluarkan kepada awam itu menggambar­kan imej dan integriti KDN. Saya juga minta beliau untuk tidak mensensasi­kan keadaan keganasan yang agak tegang yang sedang berlaku di Timur Tengah.

“Segala pertuturan beliau dipantau dan boleh menimbulka­n masalah, jadi saya minta beliau untuk senyap. Sekiranya beliau masih juga berdegil dan masih memberikan kesulitan kepada KDN, kita mungkin akan nilai kembali peranan dia kepada kementeria­n dalam mendamaika­n tahanan pengganas.

Menurutnya lagi, tindakan mempersoal­kan pembinaan KSCIP di atas tanah seluas 16 hektar di Putrajaya juga dilihat bertentang­an dengan dasar kerajaan yang telah menjalin kerjasama yang baik dengan Kerajan Arab Saudi lebih-lebih lagi KSCIP merupakan ilham peribadi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia