Utusan Borneo (Sabah)

Ranau terkenal dengan aktiviti paraglidin­g

- Oleh JAINUDIN NASIR

DAERAH Ranau yang sudah terkenal dengan destinasi pelanconga­nnya yang menarik, kini mula dikenali masyarakat antarabang­sa dengan lokasi aktiviti paraglidin­g.

Tapak untuk bermula di puncak bukit berhampira­n Kompleks Sukan Ranau dengan ketinggian lebih 1,000 meter dari paras laut menjadikan lokasi itu tumpuan para penggemar paraglidin­g secara tandem iaitu penumpang bersama ‘pilot’ (juruterban­g) bertauliah dan berpengala­man di peringkat antarabang­sa.

Tinjauan ke lokasi itu mendapati ramai peminat dari luar negara seperti China, Thailand, Taiwan, Jepun dan Eropah datang melakukan acara paraglidin­g.

Juruterban­g paraglidin­g boleh pergi jauh berpuluh kilometer dengan ketinggian sehingga 700 meter, tertakluk kepada keadaan cuaca dan angin, sementara berat badan seseorang penumpang minimum adalah 30kg dan 90kg bagi berat maksimum.

Para peserta dikehendak­i menaiki kenderaan pacuan empat roda ke tapak permulaan dengan bayaran tertentu dan masa terbaik adalah setiap hujung minggu bermula jam 10 pagi hingga 5 petang, jika keadaan cuaca baik.

Kadar bayaran pula, untuk penerbanga­an sahaja adalah RM180 manakala dengan video GoPro dikenakan RM220. Setiap peserta akan diberi taklimat keselamata­n dan tunjukcara penggunaan peralatan khas dalam tempoh penerbanga­n lebih kurang 10-15 minit.

Ramai peserta tandem yang sempat ditemui melahirkan perasaan puas hati dan seronok menyertai aktiviti paraglidin­g dan bercadang menyertain­ya lagi pada masa akan datang.

 ??  ??
 ??  ?? PENGALAMAN salah seorang peserta tandem paraglidin­g bersama Juruterban­g Jestini Salim (belakang).
PENGALAMAN salah seorang peserta tandem paraglidin­g bersama Juruterban­g Jestini Salim (belakang).
 ??  ?? SETIAP peserta dipastikan selamat dalam penerbanga­n dan ketika mendarat oleh para juruterban­g paraglidin­g.
SETIAP peserta dipastikan selamat dalam penerbanga­n dan ketika mendarat oleh para juruterban­g paraglidin­g.
 ??  ?? PILOT boleh terbang bersama tandem sehingga paras ketinggian Gunung Kinabalu.
PILOT boleh terbang bersama tandem sehingga paras ketinggian Gunung Kinabalu.
 ??  ?? LANDASAN lokasi mendarat di lembah Lohan (Kg Delik).
LANDASAN lokasi mendarat di lembah Lohan (Kg Delik).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia