Utusan Borneo (Sabah)

Indonesia cuba kekang krisis di Papua

-

JAKARTA: Pihak berkuasa di wilayah Papua, timur Indonesia, menghantar makanan dan bantuan ke beberapa kampung di mana, menurut pasukan keselamata­n, sekumpulan pemberonta­k bersenjata telah menyekat pergerakan penduduk, manakala polis dan tentera mengepung kawasan terbabit, kata seorang pegawai polis semalam.

Polis berkata sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan Pergerakan Papua Bebas (OPM) menghalang kira-kira 1,000 orang daripada meninggalk­an lima buah kampung dekat sebuah lombong tembaga gergasi yang diusahakan oleh syarikat pelombonga­n Amerika, Freeport-McMoRan Inc.

“Kami akan terus mencuba dialog dan pendekatan memujuk,” kata Viktor Mackbon, ketua polis daerah Mimika.

Rundingan akan dijalankan menerusi tokoh awam dan agama di wilayah itu, ujarnya.

Pegawai menghantar beras, mi segera dan kelengkapa­n dandanan diri kepada penduduk kampung.

“Akses mereka kepada barangan ini belum lagi normal, jadi kita mesti memberi bantuan,” kata Mackbon, yangmenamb­ahpemberon­tak tidak mengganggu mereka.

Pegawai kelmarin berkata, 200 anggota polis dan tentera dikerah sebagai persediaan untuk mengambil alih kawasan itu dengan kekerasan, jika perlu.

Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNOPM) tidak dapat dihubungi untuk mendapatka­n kenyataan tetapi Jumaat lepas ia menafikan menduduki kampung dekat lombong itu, sebaliknya ia memerangi polis, tentera dan Freeport. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia