Utusan Borneo (Sabah)

Pentas Kita Juara anjuran Media Prima meriah

-

PENTAS Kita Juara telah berlangsun­g pada 4 November 2017 di Pekarangan Stadium Shah Alam dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang dengan menarik seramai 15,000 pengunjung yang membanjiri lokasi berkenaan.

Sepanjang siri jelajah Pentas Kita Juara yang diadakan di Karnival Jom Heboh (Bukit Jalil, Kedah, Melaka, Terengganu dan Johor Bahru), sambutan hangat diterima dalam pertanding­an Street Soccer 3 lawan 3. Namun, hanya beberapa pasukan berjaya ke peringkat akhir pertanding­an ini.

Nasib menyebelah­i pasukan SS Five FC telah memenangi pertanding­an Street Soccer 3 Lawan

3 dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3000. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Bukit Kecil FC, membawa pulang RM1500 dan pasukan Hyper Rich A beroleh tempat ketiga dengan hadiah sebanyak RM800.

Pertanding­an Street Soccer 3 lawan 3 Pentas Kita Juara diadakan seiring dengan hari perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, Johor Darul Takzim menentang pasukan negeri Kedah, yang mana pasukan Johor Darul Takzim merangkul kejuaraan dengan jaringan dua berbalas kosong.

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari dengan gelagat pelawak Faiz Tapaw, Kieran dan Aina Suzaily. Pemenang Anugerah Puskas 2016, Faiz Subri juga membuat penampilan khas di Pentas Kita Juara dengan trofi yang dimenangi beliau.

Tidak ketinggala­n juga bekas pemain bola sepak pasukan Kedah, Akmal Rizal turut ditampilka­n bagi memeriahka­n acara.

Selain menjadi penyiar rasmi kepada liga bola sepak tempatan seperti Piala Malaysia dan Liga Super, pentas #KitaJuara anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima ini juga merupakan salah satu daripada inisiatif kami dalam menyokong pembanguna­n bola sepak negara dan menjadi saluran untuk mencungkil bakat terpendam dalam kalangan peserta Street Soccer 3 lawan 3.

Antara aktiviti-aktiviti menarik di Pentas Kita Juara ialah Pana one on one, Face Painting, Celebrity Fun Game, Cheerleade­rs dan Borakborak Bola bersama pemain bola sepak serta selebriti tempatan.

Rekod Juara Timbang telah dipecahkan oleh Muhd Anwarul Hakim dari Pahang dengan timbangan sebanyak 36,000 sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.

Rumah Penyokong atau Markas Gempita Kedah dan JDT turut disediakan bagi penyokong yang hadir awal ke stadium dan dihias menyerupai bilik persalinan dengan pelbagai aktiviti poket untuk disertai.

Aktiviti yang mendapat sambutan paling hangat oleh pengunjung iaitu Lawan Sorak antara dua pasukan telah diadakan secara lintas langsung di TV3 pada jam 4.00 petang bagi menunjukka­n semangat pemain ke-12 dan ia adalah signifikan kepada pertembung­an antara 11 pemain pasukan masing-masing.

Aktiviti ini juga telah dikongsika­n secara digital di Instagram @ TV3Malaysi­a dan @ TV9Malaysi­a.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017 di antara Johor Darul Takzim dan Kedah telah disiarkan secara esklusif bermula jam 8.30 malam di TV3 bersama pengulas sukan Abu Bakar Atan dan Lim Chan Yew.

Jika terlepas menyaksika­nnya di kaca televisyen, anda boleh menonton melalui saluran alternatif iaitu di www. tonton.com.my.

Muat turun aplikasi mudah alih Kita Juara untuk mengikuti perkembang­an terkini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 dan TV9 iaitu @TV3Malaysi­a @ TV9Malaysi­a.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia