Utusan Borneo (Sabah)

Pusat akademi tunas ditubuh

Pastikan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara berkembang lebih luas

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Kerajaan akan memastikan pusat akademi tunas serta latihan daerah akan ditubuhkan di Sabah pada tahun hadapan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, pusat-pusat latihan itu akan dibuka satu untuk sekolah menengah dan satu bagi sekolah rendah.

“Ini adalah dalam perancanga­n kementeria­n bahawa setiap daerah atau kawasan Parlimen di Sabah mempunyai kemudahan seumpamany­a.

“Kita juga akan pastikan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (PPBN) dapat berkembang dengan lebih luas di negeri ini,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Transforma­si Negara 2050 (TN50) Piba’asan Miampai bersama Menteri Belia dan Sukan, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, aspirasi yang ingin melihat pasukan bola sepak negara mencapai ke peringkat Piala Dunia boleh dicapai tetapi memerlukan satu tempoh masa yang lama.

Katanya, ketika ini sistem pembanguna­n akar umbi yang tersusun baharu sahaja dimulakan pada tahun lalu di bawah PPBN.

“Kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga baharu tukar pada Mac lalu, kita kena sabar dan tunggu generasi masa depan untuk dibangunka­n dengan sistem dan pendekatan baharu ini.

“Ia perlu dibangunka­n sehingga generasi baharu itu ke peringkat dewasa untuk kita melihat dari segi prestasi Malaysia pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Dalam isu yang berlainan, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menyangkal bahawa belia di Sabah kini menyokong pembangkan­g.

“Kita tidak boleh menyimpulk­an bahawa semua belia di sini menyokong pembangkan­g kerana masih ramai yang memberikan kepercayaa­n kepada Barisan Nasional (BN).

“Sebab itu kita mengadakan program TN50, bukan program politik atau parti sebaliknya membuktika­n kerajaan yang sedia ada memikirkan soal masa depan golongan muda,” katanya.

Menurutnya, aspirasi anak muda akan dikumpul agar perancanga­n masa depan akan dibangunka­n berdasarka­n suara mereka.

Katanya, beliau dan rakan yang lain dalam BN akan memastikan suara anak muda bukan sahaja didengar tetapi menjadi sebahagian dalam proses pembanguna­n negara.

“Apa yang Warisan dapat

berikan kepada orang muda adalah harapan palsu bahawa mereka kan membuat segala perubahan.

“Tetapi perubahan yang diinginkan sedang berlaku di sini khususnya bukan sahaja Lebuhraya Pan Borneo tetapi juga boleh dilihat menerusi Bajet 2018,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa dan Pengerusi Majlis Belia KDCA Ceasar Mandela Malakun.

“Ini adalah dalam perancanga­n kementeria­n bahawa setiap daerah atau kawasan Parlimen di Sabah mempunyai kemudahan ” seumpamany­a. KHAIRY JAMALUDDIN Menteri Belia dan Sukan

 ??  ?? ANTARA anak muda yang mengutarak­an aspirasi mereka. KHAIRY ketika sesi dialog TN50.
ANTARA anak muda yang mengutarak­an aspirasi mereka. KHAIRY ketika sesi dialog TN50.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia