Utusan Borneo (Sabah)

Mane, Salah calon Pemain Terbaik Afrika

-

LONDON, England: Dua bintang Liverpool, Sadio Mane dan Mohamed Salah, adalah antara lima calon untuk Pemain Terbaik Afrika bagi penyiaran BBC Sabtu lepas.

Prestasi cemerlang Mane untuk Liverpool, diteruskan di peringkat antarabang­sa apabila beliau membantu Senegal layak ke Piala Dunia (2018) buat kali pertama sejak 2002.

Salah, penyerang antarabang­sa Mesir, juga menyerlah untuk Liverpool dan pasukan kebangsaan­nya, juga membantu Mesir layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Salah sudah menjaringk­an 12 gol bersama Liverpool musim ini selepas perpindaha­n dari AS Roma dan tendangan penalti lewat beliau memastikan Mesir ke Piala Dunia yang pertama mereka sejak 1990.

Pemain per- t a h anan Nigeria, Victor Moses (Chelsea), penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund) dan Naby Keita dari Guinea (RB Leipzig), adalah calon lain dalam senarai pendek anugerah berprestij itu.

Aubameyang menjadi pemain pertama dari Afrika yang menjadi penjaring terbanyak dalam Bundesliga Jerman dengan 31 gol musim lepas.

Keita, yang bersetuju me- nyertai Liverpool pada akhir musim ini, berada dalam Skuad Impian Bundesliga Jerman tahun ini ketika kelabnya mengesahka­n kelayakan ke Liga JuaraJuara.

Moses menyerlah di bawah kendalian pengurus Chelsea, Antonio Conte dan menjadi pemain penting di posisi pertahanan sayap kanan dan membantu Chelsea muncul juara Liga Perdana Inggeris musim lepas. Pemenang akan diumumkan pada 11 Disember depan. – AFP

 ??  ?? SALAH MANE
SALAH MANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia