Utusan Borneo (Sabah)

Sepanyol belasah Costa Rica 5-0

-

MALAGA, Sepanyol: Prestasi memberangs­angkan Sepanyol di bawah bimbingan Julen Lopetegui berterusan apabila David Silva menjaringk­an dua gol ketika membelasah Costa Rica 5-0 pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di sini Sabtu lepas.

Andres Iniesta, Jordi Alba dan Alvaro Morata juga menjaringk­an gol untuk juara dunia 2010 itu.

Satu-satu perkara mengecewak­an buat Sepanyol ialah pemain tempatan, Isco, terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan ketika diasak pertahanan Costa Rica, Kendal Watson. Pemain kelab Real Madrid, yang berasal dari Malaga, beraksi cemerlang sepanjang dua musim di Malaga sebelum berpindah ke Madrid dan menerima tepukan hormat dari penonton ketika meninggalk­an padang.

Lopetegui memilih untuk merehatkan penjaga gol utamanya, David de Gea, dan memberikan penampilan sulung buat penjaga gol kelab Athletic Bilbao, Kepa Arrizabala­ga.

Silva, Isco dan Iniesta berganding­an cantik sepanjang perlawanan dengan Silva mengumpan bola kepada Alba untuk membuka jaringan seawal minit keenam untuk menewaskan penjaga gol simpanan Costa Rica, Danny Carvajal.

Carvajal menggantik­an penjaga gol Keylor Navas, yang beraksi untuk kelab Real Madrid kerana kecederaan.

Beliau mengharung­i malam yang malang apabila gagal menangkap kemas rembatan Silva dan bola muntah disempurna­kan Morata untuk gol kedua pada pertengaha­n separuh masa kedua.

Silva menjaringk­an gol ketiga pada awal separuh masa kedua sebelum Iniesta dan Silva melengkapk­an jaringan pada separuh masa kedua.

Sepanyol akan bertandang ke tuan rumah Piala Dunia 2018, Rusia, pada satu lagi perlawanan persahabat­an Selasa ini. – AFP

 ??  ?? INIESTA diasak dua pemain Costa Rica. -Gambar AFP
INIESTA diasak dua pemain Costa Rica. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia