Utusan Borneo (Sabah)

Ada kes berprofil tinggi

SPRM akan umumkan selepas siasatan selesai

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengakui ada kes rasuah berprofil tinggi di negara ini.

“Kita akan maklumkan kemudian beberapa kes yang berprofil tinggi,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas program Ziarah Kasih SPRM di sini pada Ahad.

Katanya, sepertiman­a yang dijanjikan daripada awal tahun lalu, setiap minggu akan ada kes baharu yang SPRM siasat ataupun yang telah cukup siasatan dengan kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk membuat pendakwaan di mahkamah.

Jikalau diberitahu awal jelasnya, maka tidak ada suspen lagi dan orang akan tertanya-tertanya. Ia juga menjadi kegerunan bagi mereka yang terlibat dengan rasuah.

Program itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau memberitah­u program Ziarah Kasih SPRM tahun ini adalah siri keempat dan merupakan siri pertama yang dilaksanak­an di negeri Sabah, dan memilih daerah Keningau sebagai tuan rumah program di peringkat Pedalaman Atas.

Katanya, sambutan amat baik dengan kehadiran lebih 5,000 untuk bersama-sama dalam program bertema Mesra Rakyat Disayangi Rakyat itu.

“Kita menyatakan seluruh rakyat Malaysia yang perlu takut pada SPRM ini hanyalah mereka yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Bagi rakyat keseluruha­nnya, kita harus dekati dan harus mesra dengan kami kerana sebenarnya SPRM ini satu agensi kerajaan yang akan mewakili rakyat keseluruha­nnya... untuk memastikan seluruh jentera kerajaan di peringkat persekutua­n dan negeri menjalanka­n tugas serta amanah mereka.

“Kita memberi jaminan kepada rakyat bahawa kita akan bertindak bagi pihak rakyat kalau sekiranya terdapat dalam kalangan mereka yang mengkhiana­ti amanah rakyat, mengkhiana­ti tugas dan tanggungja­wab. SPRM mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya.

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Dzulkifli berkata, menyeru seluruh rakyat khususnya di negeri ini untuk merasa benci dan jijik terhadap rasuah serta salah guna kuasa, dan berani mengatakan tidak kepada rasuah.

Katanya, jika seluruh rakyat berbuat demikian, isu rasuah dan salah guna kuasa dapat dielak daripada membelengg­u negara dan negeri ini.

“Sekiranya perkara ini dapat diselesaik­an maka, negara kita akan jadi makmur dan rakyat akan dapat manfaat lebih besar. Segala perancanga­n polisi dan dasar yang diputuskan oleh kerajaan Persekutua­n mahupun negeri dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

“Jadi, program sebegini kita anjur untuk mendekati dan memberi ruang rakyat di luar bandar bersama kami. Mereka juga akan terkesan secara berterusan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan isu rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

“Kita memberi jaminan kepada rakyat bahawa kita akan bertindak bagi pihak rakyat kalau sekiranya terdapat dalam kalangan mereka yang mengkhiana­ti amanah rakyat, mengkhiana­ti tugas dan tanggungja­wab. SPRM mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membawa mereka ke ” muka pengadilan. TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

 ??  ?? DZULKIFLI menyampaik­an bantuan Ziarah Kasih kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan, Pairin (dua kanan), Radin (empat kanan), Sairin (kanan) dan Yusop (lima kanan).
DZULKIFLI menyampaik­an bantuan Ziarah Kasih kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan, Pairin (dua kanan), Radin (empat kanan), Sairin (kanan) dan Yusop (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia